Label2 yg best..!

Tuesday, 28 January 2014

UIA Kuantan : Jom Berkenalan

Eerrrr...Assalamualaikum...Hi...
.... mmm...... Sgt awkward sebenarnya, sebab berkurun lama x menulis..What, 5, 6 months??

Okay, actually sekarang ni tengah cuti semester..Yes, aku baru jak habis my first semester ever in my Degree life~~peacee..^^ 
Cumanya, cuti utk 1st sem ni sangat2 pendek, cuma 3minggu jak..Nnt lepas 2nd sem barulah cuti 3bulan..(heaven)



Back to the topic..UIA Kuantan
UIA Kuantan ni sangat besar sebenarnya. Kawasan dia lapang, berhangen (itu saya sukaaaaa), tenang, jauh dari kebingitan (contra gila dgn UIA PJ dulu)..haaaaaahhh~~*buat2 nyaman*
Cuma kelemahan dia, adalah dari segi susun atur between the buildings..
I mean, jarak dia sangat jauh between each building. Penat gilak kalau jalan kaki..
Kalau kat Gombak kan smua dekat2..senang. Lagipun Masjid UIA Gombak is the centre. Masjid UIA Kuantan pulak nuuuuuun jauh disana. Sangat susah untuk kesittew..Banyak lagi lah benda lain yg kurang.
Tapi, biasa kot, kan U ni boleh consider baru lg..Slowly adalah penambahbaikan in the future~harap2x.

Kulliyyah of Medicine. Satu2nya atm Muamallat ada kt UIA Kuantan.

Kuliyyah of Dentistry. One of the most beautiful in asia katenyer..Besar,sejuk, membazir karan. haha

Lagi satu, RapidKuantan? Mmg sangat jarang kau akan naik. Xyah la feeling2 ke bandar naik bas, semudah mcm masa kat UIA PJ dulu..
Kalau dulu, lalu pakgad garang, buat2 senyum simpul, cover2 selipar jepun, lega bila pass pakgad, tunggu bas kat pintu pagar, gelak2 sket ngan kawan, tuptup bas U89 smpai..Tekedek2 sorang2 naik bas..simple mimple..

"Baaaiii..kitorang g MidValley dulu~~"

Kt UIA Kuantan? Jangan harap kau pernah naik bas tu utk ke bandar. Ada, tp rare case kut.
Lagipun, aku duduk mahallah luar, Mahallah IM2, lagilah xda bas. Mmg kena ada transport sendiri. Xpon jadik mcm aku, bonceng sesiapa sahaja yg sudi. lulz~

Ini chemwer poiyyoo..

But in the end, aku tetap happppppy di UIA Kuantan ni, thanks to its ketenangan dan kenyamanan. 
Kalau jalan kaki dari Kuliyyah Of Pharmacy (KOP) ke Kuliyyah Of Medicine (KOM) pakai kurta, terbang2 dik ekor kurta tu..lulz~ ala2 pil bi dil hey hindustani. epik sgt imaginasi aku..


LOKASI
When talking about location, kedudukan UIA Kuantan ni sendiri agak strategik. X jauh sgt dgn bandar. Pastu agak dekat dengan Terminal Sentral Kuantan (tempat dimana manusia2 yg pulang balik naik bas ekspress mcm aku berlabuh).

Tata korang.."Oooo balik kampoonng"


Each time masuk pintu gerbang, misti akan ada pakgad or makgad angkat tangan. Each time tu jugak kau kna buat2 senyum, supaya diorang xtahan kenderaan kau sebab takdak sticker rasmi. (Antara masalah major budak 1st year. Pray from not being sued. Bila kau masuk sini nnt, kau akan faham...hehehe *evil laugh*)

Apa lagi ey...hmmm...ohya! Masa mula2 masuk tu, kau akan terkesima terkeliru sket ngan kedudukan building2 kat sana. 
Cntoh, utk ke KOP, kau kena p jauuuh ke kanan. Utk ke KAHS (Allied Health), kau kena p jauuuuh ke kiri. Tp, bila kau masuk sikit kt dalam KAHS tu, secara terkejutnya, kau akan ternampak bangunan hebat KOP. 

"Hayyik?! Apennyyiiii??"..Haaaa, kau akan nampak magic, mcm mna bangunan kt situ boleh pindah2. ekeke~ Hebat x hebat UIA Kuantan, mcm Universiti Harry Potter.



CAFE.
Erm, setahu aku, each kuliyyah akan ada dia pnya cafe masing2. Yg murah dan sedap dan menjadik kegemaran serta kecemburuan course2 lain adalah Cafe KOP, kuliyyah aku lar. heh~
Dahlar akak 'facemask' kt situ cantik baik, cafe dia pon bersih gila. Kipas angin dia sgt kuat, sampai terbang2 rambut emo aku. Feeling2 mcm kt muvi..*kibas2 rambut*



We don't have that centred-mega-cafe mcm kat Gombak. Well, paling 'center' pon kt OCD (Campus Director), yg mana sangat jarang di'pergi'i oleh student2, unless ada urusan, mcm bayar yuran, urus JPA, etc..

Inilahnyer OCD nyerr..


LIBRARY
Libery UIA Kuantan, aku bagi 4.3 out of 5..Tinggi kan! Yes somehow aku suka perpustakaan dia.
Sangaaaat sejuuuukk! Menggigil2 aku, walaupun pakai sweater. Ada refrigerator elevator buat si pemalas naik tangga macam aku. Staf dia pun ramai yg nice..^_^
Tandas dia so far yg aku msok tiptop. Surau dia clean n clear. WiFi laju gila, slow sikit ja dri kelajuan cahaya (ok, over plak tipu aku).

Chanteekk...(Gmbr pinjam, credit to freshie-nuha@blogspot)

Dilengkapi kelas, coral room, discussion room. Yg nih mass lecture Study Circle 2.

MAHALLAH.
When talking about mahallah, perlu extra explaination. Sbb sistem mahallah sini agak complicated. Kadang aku sendiri xtahu which n what. Yang penting, kita ada mahallah dalam dan mahallah luar.
Mahallah dalam : Mahallah Maimunnah & Mahallah _____ apa ntah. xingat. Mahallah Talhah kot.
Mahallah luar : Mahallah Tabari & Mahallah IM2 (aka Talhah 8 & 9)..beserabut kan!
Dua mahallah luar ni pulak located far from each other. Kalau budak2 Tabari boleh lgi jalan kaki g campus. Tp kalau IM2 cam aku mmg ndak la mau jalan kaki. 45 minit perjalanan kata Shatibi yg pernah test.

Mahallah IM2, dikelilingi perumahan Indera Mahkota 2 aka Rumah Hasib. Bro only.
Mahallah Tabari, bro n sis. Jarang pegi. xtahu sgt. Bdak pompuan kelas aku yg berjuta tu, kt sini lah.

Mahallah Mainumah aku xpasti, tp Mahallah yg satu lagi, 'Talhah' kononnya tu, haaa..cafe dia siryus murah!
Murah gilllaaakkk! Sgt best makan ctue..
Kalau Mahallah Tabari pon ada cafe. Lgpun dekat dgn Restoran Nasi Kukus Mama..fulawehh, sodap!

Kalau Mahallah aku, IM2, bendeeeee?!?! Cafe xda, tp depan tu ada gerai makan. Punya mahal!
Sudahlar mahal, lambat gilak siap. Mula2 makan situ, tapi lama2 fedap. Kami prefer makan di sebelah Darwish, lagi bebaloi, harga ok, pastu sangat cepat dia serve makanan. Aku xtahu plak dia upah The Flash jadik tukang masak..



Aaaammm nyam nyam nyam..

Okay lah. Cukup sudah aku explain..So, pada junior2 yg bakal masuk bulan 9 ni, highly welcome~~
One thing that I like as a UIA Kuantan student is, senior2nya baik2 belaka..
Honestly, masa mula2 datang tu, aku agak kagum jgk ngan abang kakak kt cnie.
So, jangan hairan penjahat mcm aku pon tetiba jadi abang yg baik bila kt sana..lulz sangat.. >.<


p/s : bebudak ni tgh check rsult, trending kt TL aku..Aku? Xcheck..takut. haha..


Sunday, 25 August 2013

Mr.Bean 'Promote' Proton

Mesti ramai kita yg minat Mr.Bean kan..Aku sejak kecik minat gila kot~
In fact, sitkom Mr.Bean ni ditayangkan di beratus2 buah negara diseluruh dunia..
Sampai sekarang, masih banyak lagi negara yg tayang sitkom2 dia yg sejak 90an lagi tu..
Mcm kt Malaysia ni, biar banyak kali ulang, tetap jugak mau tengok..kaann~


Proton Dalam Mr.Bean

Dalam satu episode Mr.Bean, tajuk dia 'Tee Off, Mr. Bean', Mr.Bean guna Proton Saga Iswara sebagai salah satu propscene dalam crita tuh.
Haaa, hebat tak hebat sebenarnya Proton ni kt UK.. tau kan Mr.Bean ni asal UK

Masa tu dia tgh pukul bola golf..Asyik dia pukul2, bola tu tersumbat plak dalam ekzos kereta..
Haha! Tak ada logika langsung.. (Alarh, crita Mr.Bean, pernah ka lojik)




Proton Sangat Femes Di UK..!!


United Kingdom merupakan salah satu daripada pasaran terbesar Proton dulu.
Malah, Proton pernah jadi 'the fastest growing new car company' kat UK masa dia mula2 masuk pasaran pada 1980an melalui Proton Saga. (Haa, Proton yg kat crita Mr.Bean tu lar).

#Fakta : Proton telah menjual berpuluh ribu kereta di UK pada zaman 80an-90an..

Can you imagine how amazing Proton's market in UK was..! Aku mula2 dengar pon sangat kagum..
Sampai sekarang, Proton masih boleh didapati di UK.

Proton Waja Impian in UK
Proton Savvy in UK
Proton Saga Iswara 1.5 in UK













 ======================================================================
 Baru2 ni plak, Proton ada keluarkan kereta baru ==> Suprima S 
 
"Kereta baru ni akan mengubah persepsi masyarakat mengenai Proton",
Kata Tun Mahathir.



Masa first2 keluar dulu, ramai yg compare Suprima S ni ngan Toyota Vios yg kluar 2hari selepas tu.
Jangan terkejut sebab ramai jgk yg prefer amek Proton sebab ciri2 dia, plus harga dia yg lebih murah (gear automatik).


And you know? Suprima S is rated as one of the safest car in the world~
*Dia dapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP*
 Mesti ramai yang belum tau lagi ciri2 hebat yg ada pada Proton baru ni kan..

Aku yang mula2 xminat pon jadik minat..!

Klik atas ni =)

p/s : so, what do u think of this new car?
*credit to http://a4rzero.wordpress.com for all the informations.

Thursday, 22 August 2013

5 Fakta Yang Anda Tidak Tahu Tentang...Kulit

Kulit merupakan antara organ yg sangat penting..
Semua kita tahu kot yg
"organ terbesar manusia adalah kulit"
Iklan Dumex kot xsilap.

Haaa, kalau korang rasa fakta tu menarik, meh aku senaraikan lagi 5 fakta menarik yang mungkin kita xberapa nk tahu..


THE FACTS


1. Kulit adalah skuad barisan pertama yg menentang bakteria dan objek asing.
"Mak aih..ini besar punya bekteria nih"

Sebelum bakteria penetrate masuk dalam badan kita, diorang kena lalu kulit dulu.
Kulit akan mengeluarkan minyak melalui 'lubang2 bulu' utk lawan bakteria2 tu..
That's why la minyak semula jadi kita ni penting, cuma yg menjadi masalah bila minyak yg dikeluarkan tu berlebihan..
Jadi, kulit ni penting untuk kita jaga..Not only to look good, but also to maintain our health~

2. Warna kulit ditentukan oleh Melanin

Melanin dihasilkan oleh Melanocyte yg wujud di lapisan bawah kulit.
Makin banyak Melanin, makin hitam kulit kita..So bila kita nampak org tu gelap semacam,naa ini misti terlebih melanin nih~
Did you know, there are 6 levels of Melanin, dan kita ni org Malaysia tergolong dalam Melanin level 5. Kalau omputeh a.k.a Caucasian tu level 2.



3. Peluh pada asalnya tidak berbau!

Ekceli, yang menjadikan peluh berbau adalah bakteria yg hinggap pada kulit kita.
Peluh suka kawasan yg berpeluh dan membiak disitu, especially part ketiak.
Sebab tu ketiak korang busuk..eh silap~ Ketiak kita (kecuali aku)..>.<



4. Bahagian kulit paling tebal adalah tapak kaki

Tapak kaki adalah tempat kita memijak, kena absorb banyak friction and pressure..
Itulah sebab kenapa Allah jadikan kulit tapak kaki kita yg paling tebal..
In contrast, kawasan paling nipis adalah kelopak mata..Why?Sebab, kalau tebal nanti susah lah kita mau kedip2 mata..*wink wink*


"Eheh..comel tak?"


5. Kulit kita merawat dan memperbaharui dengan sendirinya.

Kulit akan berganti secara otomatik setiap 28 hari, sel-sel kulit mati akan di'hakis' dan akan digantikan oleh sel-sel kulit baru..
Sebab tu parut lama-lama pandai hilang sendiri..
Cuma bergantung juga dengan cara  kita jaga kulit.
Dengan penggunaan vitamin E, kita dapat mempercepat fading process tu..


Did you know?? 


Antara produk yg highly recomended oleh pakar kulit adalah Cetaphil.
Aku sendiri pernah guna produk ni masa muda remaja dulu, sebab Pharmacist yg suggest.
Aku xpenah cuba sebelum ni, so bila aku cuba, dia mmg bagus!

Pilih cleanser kena hati2 sebab ada yg boleh rashes our skin.
Tu yg buat parut kita kekal lama tu.
Berbeza dengan Cetaphil, dia sesuai untuk semua jenis kulit, sebab dia lembut dan melembabkan.

Aku baca, Cetaphil makin banyak keluarkan cleanser yg khusus untuk masalah kulit yg berbeza.

 

Cikgu, Saya Ada Soalan !

Situasi masa kat skolah dulu...

Che'gu : Kelas..ada soalan?
Murid : ...............................krik krik
Che'gu : Okay, smua paham kan?
Murid : PAHAAAAMM...(cepat lar habis kelas)



Common situation masa kat kelas dulu kan?
Masa cikgu ajar, rasa macam paham..
Tapi bila cikgu tanya, tetibe lak xpaham balik..
Kadang xpaham langsung pon apa bnda yg cikgu ajar..
Tapi xpenah telintas plak untuk angkat tangan dan tanya soalan.. 

Mindset kita kalau ada benda xpaham kt kelas ;

     "Err, revise sendiri lah, nnt paham lettew"
          "Nanti lah tanya Sarhan malam nanti"
              "Amende nih...Pape jelarh" 
                       "Eh, Yazid, cepatlar tanya cikgu..wakilkan ktorang"
                                   



Kenapa ek kita xbrani bertanya?
Hurm ntahlar, bagi aku, malu kot ..
Takut2 soklan tu xbrpa nk cerdik sgt..
Haruss kau kena bahan oleh classmates kau yg prihatin tue~heh


JOM BERTANYA

OK, what I want to emphasize now is that betapa pentingnya budaya 'tanya soalan kat cikgu kalau xpaham'.
I did actually mentioned benda ni in my previous post..
Biar aku ulang memandangkan benda ni sangat2 pentings for us as a student..

Aku dulu pun sama jugak, pemalu xbertempat..Jangankan dalam kelas, luar kelas pun aku xberani jgk..
Jeles jgak tengok student lain yg rapat ngan cikgu..Kagum aku..
Mungkin alasan aku : 'teacher is to be respected', and definition 'respect' bgi aku adalah tunduk sambil bercakap guna suara sehalus sutera..ngeh~


But I didn't realize this until I enrolled at UIA for my matriculation level..
Disana, everything changes..Aku mula sedar betapa pentingnya budaya 'tanya soalan kat cikgu kalau xpaham', sebab aku sendiri practice benda tu..Hasil dia memuaskan!
Kalau kita compare dengan 'tanya kawan' or 'belajar sendiri', 'tanya cikgu' jauh lebih bagus..
Our understanding level akan lebih tinggi, and the knowledge remains longer in our memory..


 Lagipula banyak benefit kalau rapat dengan lecturer ni
Antara dia, lecturer kenal kita sampai hujong sem..
And Alhamdulillah almost all my ex-lecturers still remember me whenever I accidentally meet them somewhere.
"Eh, Sabrie..You look soo different!"
(ayat wajib Mdm C) ^___^


Next, senang untuk kita borak2 ngan lecturer especially bout their past experiences.
In which very important actually, sebab pengalaman diorang sangat berguna.
Tambah2 kalau kena lecturer yg suka berstory-telling, mmg best lar~
We will be more sensible dgn current situation faced by students, and stuff like that..



In fact, they also can help you in improving your mark actually..
Common sense la, kalau kita rajin, lecturer suka..
Kalau kita kurang 2% utk dpt A, insyaAllah diorang tolong cari point..
Untung en~ ;)




p/s : Bnyk lagi benefits lain sebenarnya..Try by urself and u will realize 'em..

Wednesday, 21 August 2013

Meniru Masa Exam...Aku Taubat

"E'eh, pelajar yg baik, hati suci murni mcm Sabrie ni pon penah meniru ehh??" kata imaginary friend aku. gitu

Aku yakin 99.99% student penah meniru masa exam kan..(mcm bakteria puleks)
Tapi jgn risau, aku tahu, yang baca blog aku ni misti yg remaining 0.01% yg xpenah meniru kan..sucimurni semua..
Aku?? Of course lah pernah..Adat la kot, hidup sbgai pelajar ni harus la ada zaman2 nakal sket..



Sejarah Aku Menipu

Surprisingly, aku aktif meniru masa mula2 masuk MRSM..lojik x? Mcm x kan..hoho
Bukan apa, masa aku kat skolah harian dulu, gred A B C ni bukan mainan kami..
Yang penting lulus, kalau x, gagal..simple rite~tiru pon sikit2 ja for fun..
Kalau kat MRSM plak leceh sket, target misti dapat A..kalau x, mmg telinga kau kena basuh kaw2 pnya..





Dengan fikiran cetek aku masatuh, I thot, "Why not aku meniru ja.."
Tambahan plak meja skolah aku dulu sangat kondusif utk letak note kat tepi2, makin mudah kerja aku..ngehehe
What I need to do, just tulis nota2 penting & spot2 soalan kt Kotak Hikmat aku kt pnjuru meja~ complete genius

"Gudlark exam~"
Berbekalkan bakat lakonan aku yg cukup bagus, plus cari seat yg sesuai, aku berjaya harungi ujian & exam sem 1 aku (sambil meniru) dgn jayanya..



Nightmare..!!

Ada satu hari tu, aku hampir2 terkantoi oleh cekgu yg jaga exam..
Dah la cekgu tu femes amos dengan kegarangan dia..mmg masa tuh mmg cuak habes lar..

Sebelum tu, cekgu lain xla detail sgt sampai cek meja student, tapi mmg ditakdirkan cekgu tu yg jaga kelas aku..huhu



Gelabah  gila seyh, mau padam guna pemadam memang xsempat la..berjela2 kot..
Sebelum turn meja aku, dia tegur meja kawan aku yg letak gambar2 kt meja, dia suruh bagi clear....OhMy! Apa lah nasib aku kalau busted..O_O"

"deeyy yanne..meniru kaa"

Oh no, there he comes...Dia cek meja aku ...

Lengan aku jadikan sbg perisai tuk sorok nota..

Dub dab dub dab

I glanced at his face..⊙﹏⊙..Scary enaf to make me vomit my total 3days of foods
...

I see my life flash before me...


Dub dab dub dab

.....................................


He's gone.....feeuuuhhhh...legaa~~



Bertasbih bertasmid aku kelegaan..
Mmg lepas tu serik sudah...Tobat nasuha, xmau lagi cheating-cheating masa exam..
Insaf terus..



Well, I believe ada hikmah, and alhamdulillah I realized it soon after..
Sebab kan, as the end result, markah2 aku kalau meniru  sgt teruk..
Sedangkan kalau aku xmeniru, markah2 aku much better..
So, Allah bagi aku peluang utk saksikan sendiri apa maksud KEBERKATAN menuntut ilmu..



Lagipun kan, kalau lah ditakdirkan kita dapat A+ sebab meniru, that 'A+' MEANS NOTHING, sebab bukan atas usaha kita sendiri..
Lagipun apa pulak perasaan kawan kita yg jawab exam jujur ikhlas, study hempas-pulas, tpi tengok kita yg senang2 dapat markah tinggi..
Don't you think it will ignite some jealousy and rivalry..kaaaann~


Contoh lain, masa form4 dulu, Sains Komputer adalah antara sabjek paling picisan ktorunk..
So, memang belambak la yg meniru..Siap letak secret note kt white board lg uolls..
Licik tak licik bebudak MRSM nih (when it comes to menipu) >.<
Ada yg siap tukar kertas ngan kwan sebelah...paling legend !


Aku memula pon meniru jugak, tapi lepas tobat nasuha tu, aku cuba hafal coding2 pelik tu..
Benda tu xsusah pun, in fact, mmg cikgu akan bagitau terang2 part mana perlu hafal..
Tapi malangnya belambak lagi fakta Sejarah yg perlu kami hafal in the first place..T.T


So, atas keberkatan aku xmeniru, aku dapat Anugerah MataPelajaran Terbaik Sains Komputer..hahaha!
Kemain gelak kawan2 aku..anugerah utk sabjek tu xla membanggakan macam subjek teras lain, mcm Math, Addmath, Bio etc..Apa2pon, syukur Alhamdulillah, merasa jgak join Hari Anugerah..wohhoo~

"Yessss!"


p/s : No more cheating yerr....^___^




Tuesday, 20 August 2013

AirAsia vs M.A.S

Awal2 aku quote, "This is my own PERSONAL opinion"..Bukan niat utk memburuk2an mana2 syarikat.
Cheeey, series plak ayat aku..



Aku ni konon la traveller tegar update entry pasal flight, padahal paling2 pon KK-KL jek..hehe
Apa2pun, suka disini untuk aku menyuarakan pendapat aku, memandangkan tiap2 taun aku akan ulang alik naik kapal terebang dari Sabah ke Kolumpor...balik kampong~
Selalunya durasi penerbangan tu dalam 2jam30menet..(konon lar, xpernah on-time pon)
Sepanjang pengalaman aku merentas South Chinese Sea (is it??) aku pernah naek AirAsia, MAS & Firefly..


"Eh, apsal aku x letak Firefly kat tajuk atas nuh?"

Sebab Firefly no longer available for Peninsula to Borneo flight traveling..
Aku pernah naik sekali ja..
Too baaadd..Aku suka Firefly sebab pramugari dia comel2 baik2...T.T

"Cantik tak saya?"


Let the battle begin!

AirAsia vs MAS

1. Mana satu yang lebih MURAH ?
- AirAsia. Sudah namanya 'syarikat penerbangan tambang murah', so, yeah..
  Mcm slogan dia, "Now Everyone Can Fly"
  Tapi kadang ada ja MAS yg murah, pandai2 la cari..
  Lagi satu, jangan esok kau pnya flight, malam ni baru mau book..
  Kau ingat kau artis mau beli tiket mengejut..mmg tekejut la kau tengok harga dia.
  But still AirAsia mnang kalau soal harga..



2. Mana satu yang lebih SELESA ?


- "E'eh, suda tau beli AirAsia, lagi mau komplen xselesa kaa"
   Haaa, maksudnya MAS lagi selesa lah sebab harga dia pon 'selesa' jgak..
   AirAsia murah, tp mmg sempit la, kau akan rasa macam tersepit dalam keranda kecik yg disumbat dalam tanah liat yg dihimpit dengan simen..*over plak*..
  MAS plak luas sikit, kurang la kesengsaraan kau sepanjng dalam kapal tuh..
  Boleh la tekedek2 pegi tandas 2,3 kali...Kau mau mandi terus pn boley..mampu?
  Kalau AirAsia, aku kena tahan kencing uolls, takut org yg duduk sebelah aku tu naik annoyed kena angkat2 kaki..
"Ee'ehh..bepaut cepat..Nak tejatoh ni haa..!"

  Lagi satu, KLIA & KKIA lagi sistematik..Urusan smua sangat smooth and mudah..Siap boleh snap happy moment lg dgn kawan2..gittew~
  Kalau AirAsia ni, err, kan murah kan, so, tulah..Aku paling xsuka masa departure & landing, kena pegi landasan dia jalan kaki, tambah2 masa tengahari, berasap dek..
  Dengan bagasi berat tong gas lagi...Jiran aku pesan batu dari KL bawak balik KK..pffttt~


3. Mana satu yang MAKANAN SEDAP ?

"Kita minum duluuuu..!! Ee'eehh tumpah lak"

- MAS, sebab aku xpenah makan kat AirAsia..hahaha..
  ByTheWay, itu antara kelemahan besar AirAsia, makanan siyes mahal nk mmpos!
  Padahal sanwich sekeping jek, aku buat lagi sedap..Yg beli tu yg gedik ja..xp
  Ada adek dua org tu, BELI MEGI?! Bagus kau beli megi d kedai Pacik Jijang, bebungkus2 kau bole makan..
  Kalau MAS, dia include sekali harga makanan dalam tiket, so jgn risau kalau xsempat grab lunch tngahari tuh...Menu feveret, Fried Noodles with Chicken Curry..wah~
Cantik kaaan bekas dia


4. Flight Attendant mana yang BEST ?
- MAS..No offence pada flight attendants AirAsia, honestly though.
  Well, kebetulan kot dapat yg xbest..Malang malang~
  Kalau FA MAS, xla baek sgt pon, cuma slightly better, and they always smile..
  Pastu boleh demand lebih2.."Gimme Hot Milo Dipped with Black Chocolate please" 
"Apa lagi kau mau? Kicap? Cuka?"
  Abg pramugara MAS tu siap cakap Sabah lg ngan aku..Extra point!




So, pemenang di hati aku adalah ~~ Malaysia Airlines !!!

"Yaaayyyyy"
Duuh, semua komen aku kat atas bias pada MAS kot..>.<
Kenapa aku pilih MAS? Sebab, MAS sangat selesa, ada MAKAN 'free', bole capture happy moment, etc..

"Doooii dogo', kanapa kunuk muka sia urang mcm begituytu"



Harga mmg agak tinggi lar, tapi BERBALOI..
Kumpul duit laa..aku sanggup ikat perut ok semata2 mau naik MAS..haha
Plus like I said, kalau pandai cari, ada ja yg harga murah..
Tapi kalau takdak murah, AirAsia kan ada..
"Now Everyone Can Fly" kata Encik Tony


~No offense to all AirAsia lover, especially akak pramugari AA..muaahhh~


"Ahahahaha =_="

p/s : Saja ja puji MAS, sebab hujung bulan ni g KL naik MAS..harga murah weyh, yahhooo! X)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...