Label2 yg best..!

Common Sense (5) Hantu (2) Hikmah (14) Hot Story (5) I speak ENGLISH (2) Islam (25) Isu Islam (3) Kenangan (16) Kesihatan (1) Kisah Aku (28) Kuliyyah of Pharmacy (2) MRSM (9) Pharmacy (10) Study (14) Tips Bagi Pelajar (25) UIA (16)
Showing posts with label Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Hikmah. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

Dia Solat, Tapi Jahat

ko same jer jahat..takyah solat r ~
Mesti kita selalu dengar kan kata2x pujangga nih..
Contohnya : 

Kaslan : Alah Amir, kau ni nama ja solat, tapi masih gak mencarut-marut..Sama jugak cem aku yg xsolat nih
Amir : ...(Betul jugak en..)
Syaitonirojim : ...(So, janganlah solat..kaan)
*pandai btul kau enteprem setan*



Ahah! Misti kita selalu berhadapan ngan situasi ni kan..
Tidak kira lar c 'Amir' tu kawan kita..or mungkin c 'Amir' tu kita sendiri..
Dan tidak kiralah kesalahan kita tu apa : Mencarut, memaki, mengumpat, menipu, mencanang, me.. me.. apa lagi......ntah..

Kenapa agaknya benda ni berlaku, sedangkan Allah SWT jelaskan bahawa solat itu mampu mencegah kemungkaran?


'Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar'

(Surah Al-Ankabut,45)


========================================================================

Why? Kenapa? Bakket? Dosta? Wae?


Untuk merungkai masalah ini, jom kita ke kelas 1 Anggeruk..

"Ya angkat tangan siapa rasa cikgu hensem.."

Cikgu Beberk : Murid-murid, cuba jawab soalan ni..

Kenapa Allah mewajibkan solat agak2nya?

Pelajar A:
Sebab, solat melatih kita untuk berdisiplin dalam setiap masa.
Solat kena ngam2 ikut waktu..Mana boley suka-suki main Qada2.

Pelajar B:
Pastu, sebaik2nya, solat kena berjemaah.
Mendidik hati kita untuk melangkah ke rumah Allah, walaupun penat.

Pelajar C:
Dalam solat, ada bacaan2 yg memuji2 Allah, yang mengagungkan-Nya.
Jelas sebagai latihan bagi kita agar sentiasa berharap pada Allah dalam setiap perkara.
Tidak kira dalam senang ataupun susah.

Cikgu Beberk : Bagus betul jawapan kamu smua kan! So, cikgu pun tak payah mengajar lah..Jom balik ~!!

Semua pelajar : Hooraayy!! \\O// \\O// \\O//

#CikguPemalas
========================================================================

Jadi bersebab kenapa Allah wajibkan solat kepada hamba2-Nya.
Solat adalah umpara 'guru disiplin'
Melalui solat, kita....

  • Belajar mematuhi masa 
  • Mendidik hati untuk sentiasa Taat & Setia
  • Meneguhkan keyakinan terhadap kebesaran Allah

Jom jawab soalan ala2x Ustaz Hassan Din dlm 'Pesan Atok' Tv9

"Bila kita sentiasa patuh masa, kita terdorong buat kesalahan taaaak ??"
"Bila kita taat pada Allah, kita takut buat mungkar taaakk ??"
"Bila kita tahu Allah Maha Besar, kita suka buat dosa taaaak ??"

Dengan rakusnya budak2 tu jawab "Taaaaaakkk~~"..ngan aku-aku sekali semangat..xp


KONKLUSINYA...

Bila kita ni masih sentiasa melakukan dosa walaupun kita seorang yg solat, something need to be repaired in our solat..Penghayatan kurang barangkali..



Manusia xboleh lepas dari dosa..
Tapi dengan solat, sekurang2nya kita sentiasa dalam keadaan sedar..
Dengan solat, kita dapat menebalkan sikap malu utk melakukan dosa..
Dengan solat, rasa bersalah buat dosa tu lebih tinggi..
Dengan solat, kita sedar yang Allah sentiasa memerhatikan kita..






Saturday, 29 December 2012

Kerana Wudhuk, Dia Masuk Islam


Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan  neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.


Wudhu..Kewajipan sebelum solat~

Thursday, 27 December 2012

Biar Tak Bertudung, Yang Penting Hati Baik (?)

Semalam aku tengok la Astro Prima, melayan bosan..
Crita dia pasal 'janda begetah lah sangat', yg jual2 produk2 kechantekan..
Then, I came across this very dialogue :

" Kau ni Kiah, bila lah nak bertudung? Kau tu dah tua.. "

" Eh, takpa la aku tak bertudung..Yang penting hati aku baik..Tak semestinya bertudung tu baik kan. Yang bertudung2 tu HIPOKRIT belambak "

Wajib, Haram, Harus ?





Menurut mazhab Imam Syafi'e,

Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah mubah, kecuali ada dalil yang mengharamkannya.

Mubah = Harus; boleh dilakukan, boleh juga ditinggalkan.

Friday, 14 December 2012

After 9/11 : More American Converts to Muslim !

Still remember this very date?? :


SEPTEMBER 11th 2001

World Trade Centre

Yes, tarikh hitam yg telah melahirkan lebih ramai Islamophobics di Amerika.
KONONNYA pengganas Islam yang buat..
Akibatnya, imej orang Islam tercalar apabila seringkali dikaitkan dgn extremism dan terrorism..
So, peristiwa ni dijadikan alasan untuk diorang berterusan mnyerang negara2 Islam..

The REAL victims.. ='(



But surprisingly, lepas peristiwa ni berlaku, makin ramai yg memeluk agama Islam..!
- 20 000 of Americans convert to Islam every year -


Mulanya aku wonder jugak kan...Why??
After doing some readings and videos, I started to get the idea..

Sunday, 18 November 2012

Perang Israel-Gaza.."A self-defense"?!?!?

Awal Muharram 1434 Hijrah kali ni umat Islam di kejutkan dgn serangan Israel trhdp Gaza..
At first, yeah honestly I thought serangan yg 'biasa' dilakukan...
( u know, issue keganasan Israel-Zionis ni start sejak pemerintahan Turki Uthmaniyah lagi )
Tapi bila tengok brita n baca artikel2 tntng srangan ni, I was shocked! O.O!
Rupanya jaauuhh lgi truk dri yg sbelum2 ni..

Kenapa Israel serang Gaza?
Alasan?? "Self-defense", kata Obama Laknatullah...cis !!

“Presiden menegaskan sokongan Amerika terhadap Israel untuk mempertahankan diri dan menyatakan kekecewaan terhadap kehilangan banyak nyawa orang awam Israel dan Palestin,"

Mempertahankan diri?!?! Hey, Obama ni otak mana??



Think logically :  
2 musuh sedang bergaduh,
A cuit B..
Tindakan susulan B?? BUNUH TERUS!!


Lagi mau cakap self-defense ka?!
Gggrrrr...meluat! Benci! Kamu tunggu azab Allah~!




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jadi dimanakah Tuhan? Adakah dia tidak kisah? Kenapa Dia tidak hancurkan Israel sekarang?"

Kadangkala, ada yg tertanya mengenai perkara ni..
Bukan niat meragui kekuasaan Allah, tapi cuma tertanya..
Kan Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihi..
Jadi, why not He just destroy the Israel the same way he did before kpd kaum2 yg telah pupus?

The Answer : Ini semua UJIAN untuk hamba2-Nya..

1. Adakah mereka (rakyat Palestine-Gaza) akan bersabar dgn ujian berat ni..?

2. Adakah kita, masyarakat Islam dari seantero dunia ambil kisah pasal saudara seislam kita?

3. Adakah iman kita cukup kuat untuk meyakini adanya Allah dan meyakini kekuasaanNya?

4. Apa usaha kita untuk membantu mereka yg kesusahan? Cukupkah sekadar doa?

Soalan2 ni boleh kita jadikan jawapan, kenapa Allah 'membenarkan' perkara ni berlaku kepada rakyat Palestine..
Hey, if Allah wants, He can destroy those 'animals' within an eyeblink ! 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HIKMAH DISEBALIK

Banyaaaak hikmah disebalik pristiwa ni kpd umat Islam sebenarnya..
Antaranya, ramai umat Islam di sana gugur dengan nama MATI SYAHID..
Kematian yg paling diidam2kan oleh smua umat Islam..yakni gugur kerana jihad
Then, Allah bagi kita peluang untuk turut sama membantu sesama umat Islam, yg mana pahalanya ckup bsar..

So insyaAllah, lepas ni aku mau tambah lgi pengetahuan aku psal prkara ni..
Walaupun kita xdpt bantu sangat, atleast kita tahu what is exactly is going on..

p/s : Smoga Allah merahmati para syuhada di sana dan mengembalikan mereka ketenangan sperti mana yg dirasai oleh Muslimin yg lain..aminn~


Did u know that we can donate Tabung AmanPalestin through message~!

Palestin<jarak>nilai
(nilai = RM1,RM3,RM5,RM10)
ke 39111

Thursday, 29 December 2011

" Heish! Demam Lagi! "

Reason aku buat entry pasal demam ni sebab aku sendiri sedang demam...hehe~
Agak lama jugak aku ndak mengalami demam ni..since bulan 2 ndak silap..
Well, hey, walaopon demam, on9 tetap belangsung k..hekhek
Sambil2 dalam kelemasan ni, sempat jugak aku bca artikel pasal demam n hikmahnya..

One word : F.E.V.E.R .... it describes everything..

Satu perkara penting, JANGAN MENGELUH kalau kita ditimpa penyakit..
Kan kat FB tu, asal demam/selsema/batuk sikit, smua pun mau kasitau satu dunia...
Kalau just bagitau or mintak org doakan diri, its okay la...


Tapi, ini mengeluh pulak~! "Eesh!.Bncinya demam ni..Xselesa langsung"
Gedebushh...(¬_¬)-o)*з*) ...OK, let's get thing straight...WE CAN'T SAY THAT~!
Why? Because sakit ni adalah nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita..

So, kalau mengeluh tu nampak mcam ndak redha jak kan..

I admit, memang demam ni ndak selesa..But, sudah namanya 'SAKIT'..=.='

Banyak hikmah demam ni actually..and I believe many of us realize all these...


Hikmah Demam ~ ~ 
(ˇ▽ˇ)   (ˇ▽ˇ)    (ˇ▽ˇ) 

Friday, 23 December 2011

Pengalaman Kena Rotan Ustaz..hekhek

Aku masa kat skolah dulu, budak baiiikk...(seriestaktipu)..hakhak
Err, yg pnting bukan criminal lah..
Aku ndak pernah ponteng skolah, ndak pernah melawan guru, rajin buat kerja rumah (kdg2 x)..
Senang cakap, agak berdisiplin lah..>.<

Dari segi popularity, aku sangat ndak popular..
Sikit jak yg kenal, kawan2 rapat jak..
Golongan2 yg popular : Yg bijakpandai, hebat sukan, atau .......CRIMINAL..=.='
Ni antra golongan bijakpandai
batch aku..hehe


TAPI...! Surprisingly, aku pernah kena rotan...!
Memang aku salah pun..~hahaha
Kat MRSM, ada program we call PAMA, tuk budak yg ambek SPM..

Pagi tuh, ada kelas PAMA P.Agama ISlam..
Agak ralat jgk mau pegi, sbb slalunya kalau waktu PAI, akan kena bagi handouts jak, then jwb, then bncang..
Plus pagi tu aku ada kerja sikit mau buat..
Tengok jadual plak, great, bkn ust.H yg ajar..^.^..(ust.H guru PAI kelas aku, garang tp baik..hihi)


Didorong rasa malas, digasak pulak support dri tablemate yg suruh escape sama, aku akur...
Rasa bersalah sangat, sebab inila FIRST TIME escape PAMA class, tp just ignore tht feeling, wlwpon tkut jgak..
At the end of the class session, smua form 5 masuk kelas balik..
And they said....
"Sabbe', USTAZ H cari kau..~~Baaa ba baaaa..jaga la kau~~ "...
Ah..??! Betul bah?!?!
Nah..!!!..O.O"..Gulp, I'm dead...I'm seriously gon dead...
Diorang ckp jadual tukar pagi tu..
Memang nasib aku la kena bedal oleh ustat kali ni...haha
Dengan perasaan yg taaaakut sgt, aku jumpa ustaz tghhari tu..

" Sabrie, kenapa escape..? "
" Err..err...urm...blablabla... "
" KAmu ni, (kena cuci2 sket..)..OK! "
" Ya ustat, promise I won't do this again...I'm really sorry "


Denda = Salin balik bnda yg student lain blajar (10x kot) + ROTAN...!

NAsib baek kat tapak kaki...Tapi ndak kuat pun, kan aku bdak baik..hekhek
Itula first time kena tgur oleh ustaz, first time kena rotan sbb escape..huhu

Dia ndak marah, cuma terkilan dia kata...(ouh, brsalahnya rasa...)

Lepas pengalaman ngeri tu, aku ndak pernah suda escape PAMA..hihi..>.<
Mmndgkan ini first time, means ada hikmahnya ~~ ^.^


p/s : Jangan kamu escape kelas...!!

"Suka hati aku lah!..Kubur masing2 k.."


" Tonduyutung, pakai la bah baju yg bagus2 sket. Mau jugak tayang2..Ndak malu ka "

" Huh..!Suka hati la,DOSA AKU, AKU TANGGUNG!..Kau sibuk kenapa..Kubur masing2 kan ?! "


Aku btol2 pissed-off btollah ngan orang yg bg jwpn mcm ni...X(
Betul..!Kubur masing2..Tiada org mau share2 kubur..
Tapi ingat...Kau akan menyusahkan orang lain yang bakal urus jenazah kau !

Selalu tengok crita2 yg mmberi pengajaran, mcm Tanah Kubur..
Ada jenazah yg sukar untuk diuruskan..
Mayat busuk, kubur terbakar, kubur berair, mayat berat, ular datang, kala-jengking n mcm2 lagilah..

Tontonilah Tanah Kubur setiap hari Jumaat jam 7.30pm..^.^
Sangat seronok dan mengisafkan + menakutkan

Of course, ya, jenazah tu mmg terseksa..
TAPI, pengurus jenazah tu pun ndak kurang 'terseksa' dek mayat tu td..
Susah mau bagi mandi, susah mau tolong gali tanah 'keras', kdg2 air datang ntah dri mana..
Hah..! And many more la~~

So, masih berani mengaku "kubur masing2"..?!?!?!!

Ya Allah, mintak dijauhkan lah daripada azab kubur dan azab api neraka..

Thursday, 22 December 2011

" Kenapa Allah tidak bagi apa yang aku mahu...='( "

Dalam hidup kita ni, mesti kita selalu saja mempunyai : impian + cita2 + hasrat + keinginan..kan!

Of course, it is our natural fitrah as a human being...
Untuk mempunyai keinginan, atau kata orang Sabah, DESIRE...hehe
Our desire..ada yg dapat,ada yg tidak...

Sebagai orang Islam, tidak lain tidak bukan, kita berdoa pada Allah SWT...
Allah itu Maha BerKuasa, Maha Memperkenan segala doa...

Tapi, kadang2 apa yg diidamkan, tidak menjadi kenyataan...
Lantas, ada segelintir yg tertanya2...

" Kenapa Allah tidak memperkenankan doa aku..? "

Okay, first istighfar banyak2..We CANNOT question Qada' dan Qadar Allah..

Second, kita mesti faham konsep ALLAH MAHA MENGETAHUI..

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."


Simply said, kita mahukan sesuatu yg KITA RASA baik, tapi sebenarnya tidak!
Allah pencipta sekalian alam..Dia mengetahui apa yg kita tidak tahu..

Meaning that..

" Allah memberi apa yang sepatutnya a.k.a terbaik buat kita "

Contoh : Masa Sem 1, kita doa tuk dpt 4 flat, tapi, ndak dapat..Why? Bcoz takut2 nnt kta jadi over-confident, terus jadik malas + kuat enjoy = kecundang pd semester seterusnya...
(ini cerita aku pasal KENA REJECT BIASISWA...Tp,aku hepi~!) ^.^

Berbalik kepada konsep Allah Maha Memperkenan segala doa,
Ya benar,Allah AKAN memperkenankan segala doa kita...

Cuma masa yg akan menentukan, bila doa itu akan termakbul..
Ataupun, Allah menggantikan doa itu dengan sesuatu yg lebih baik..
Contoh : Kita mintak Allah murahkan rezeki pada kita...Kita expect akan dapat duit/wang tunai..
Sedangkan Allah bagi kita nikmat rezeki dari sudut kesihatan, anak2 yg berjaya dsbgnya~~


To conclude, apa saja ketetapan yg Allah bagi, terima dengan redha sebab THAT'S THE BEST FOR US..^.^

Saturday, 17 December 2011

"Aku Mati, Dalam Imaaaaaann..",P.Ramlee

Sangat ndak lojik..Sudah mati, pndai senyum lagi..XD
Mesti smua ingat kan bait2 ayat P-Ramlee yg cukup femes ni..
Lawak memang lawak..Tapi, ada mesej tersirat yg boleh kita rungkai..
Mati dalam iman, istilah 'filem'nya..
Tapi dalam Islam..we call it HUSNUL KHATIMAH..
Husnul Khatimah = Mati dalam IMAN

Ringkasnya..Husnul Khatimah bermaksud Kesudahan Yang Baik..
Hdup kita didunia dicampuri antara dosa dan pahala..
Namun, bagi org yg memperoleh Husnul Khatimah ni, kesudahan hidup mereka berakhir dgn cukup indah..
Dan, insyaAllah..SYURGA menanti kita..Subhanallah~~

Tanda-Tanda Husnul Khatimah...

1. Ended with Kalimah Syahadah
    " Sesiapa yg pd akhir kalimahnya mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH, maka dia dimasukkan ke dalam syurga" [HR Abu Daud & Al-Hakim]

2. Dahinya berkeringat
    "Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." [HR Ahmad, al-Nasa'i, al-Tarmizi, Ibn Majah]

3. Mati pada Hari Jumaat atau Malam Jumaat
    "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pd hari Jumaat atau pada Malam Jumaat kecuali pastilah Allah SWT menghindarkannya daripada seksa kubur." [HR Ahmad]

4. Mati dalam keadaan Beribadat
    - Contohnya : Sujud, Solat, Puasa, Umrah, Haji, Jihad dsbgnya..

5. Pujian drpd orang Islam terhadap si mati
    - Ramai kan tokoh2 Islam yg mndapat sanjungan sesudah pemergian mereka.Ini sebab diorang banyak memberikan sumbangan terhadap perjuangan Islam..Ndak payah jauh2,contoh terdekat Allahyarham Ust Asri Rabbani..Pemergian beliau memberikan impak yg ckup besar terhadap industri seni Islam di Malaysia..


Of course,semuuaaaa kita mahu memiliki Husnul Khatimah ni kan!
Salah satu cara paling mudah,kita berdoa la stiap hari..insyaAllah dimakbulkan~amin....
Sepeti setiap filem atau movie yg kita tengok...........................

~WE ALL WANT TO HAVE A HAPPY ENDING~

p/s : Together we pray that we will end our life with Husnul Khatimah...amin~~

Sunday, 20 November 2011

Aku dan Jerawat..??!!

Urgh, jerawat..Semua benci jerawat..Jerawat juga mnjadi punca wajah aku tidak semulus dulu..
Paling sakit hati, bila tengok iklan merapu2 kat TV..

"6 Masalah jerawat? Atasi jeerr.."
I wish it is as easy as "atasi jer"..='( 

My Story

Skrg,aku mau cerita pengalaman aku berdepan dngn masalah comel nih.

Masa kecik2 dulu,muka aku putih siiiiikit..(datuk aku ckp,aku ada kturunan cina) who cares? xp
Cuma bila aku makin remaja ni,agak tercemar suda..hehe

Muka aku start dikurniakan 'mahkota' ni masa form 2..
Kat kelas,aku notice ada 3 tompokan kecil pda wajahku yg gebu ini.
But small matter la..kecil jak masa tu~~
Then ejen2 bakteria durjana tu mula merebak pegi dahi..
Haaaaaa..tym tula nightmare aku bermula..T.T

Naaa..inilah dia muka ajen durjana tu..bikin panas kan mukanya..huh!

Diringkaskan..MAsa form 4 pulak,aku start tinggal kat asrama..
Makin umur aku meningkat,meningkat directly proportional jugak bilangan 'jururawat' ni pda muka aku..
Plus2 asrama lagi,faktor air,kebersihan,blablabla...

Paling kick masa form 5..!
Entah,aku rasa ajen2 durjana tu sudah jumpa kuasa besar dia kot..
Ninjutsu : Kuasa LEdakan Gunung Berapi..!!!!


Ini la jutsu yg diorang guna pda muka aku..ahaks! >.<


I think one of the main factor jugak adalah kurang tidur.
Ala,biasa la,tym tu kan aku menghadapi peperiksaan getir SPM..(klik sini)

Belajar kena la overtime..rehat+enjoy pun kurang..
Malam aku tidur 3 jam,sambung petang lak 2 jam..
3 + 2 = 5 jam...mana cukup weyh~~

Ala,tym tuh,pedulik hapa aku ngan muka aku..
Yg penting study baaa..^.^

Sekarang pulak,waktu kat university,mcm aku cakap,bekurang sudaa..
Now I know how to manage my time well..
Tidur cukup,study pun cukup..hehe
All praise to Allah...


TIPS UNTUK KURANGKAN PERTUMBUHAN JERAWAT 

  1. Jangan kacau jerawat tuu..!!(tp ni aku selalu buat..hehe).Bcoz,kalau kita kacau,bkteria tu akan masuk muka lebih daaaalam lagi..Thus,creating more n more pimples..
  2. Tidur kena cukup..Paling kurang pon dlm 6 jam sehari la..
  3. Basuh guna pencuci muka wajib 2 kali sehari..xbole lebih,xbole kurang..
  4. Selalu2lah bilas muka guna air bersih...Ambek air wudhuk kan wajib tuk solat..So,tu kira bonus la tuk orang Islam..subhanallah~~ hikmah berwudhuk adalah tuk mnjaga kebersihan..
  5. Doa...
Oh no!I did everything Sabrie told me..!
(hahaha..perasan lagi bah)
p/s: tips ni ndak semestinya accurate..ini just based on pengalaman aku yg memang berpengalaman dgn jerawat sejak sekian lama..haha

Lagi satu...Jerawat,kalau dia mau tumbuh,dia tumbuh jugaak..No matter apa pun usaha yg kita buat..





KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH NI....
Sabo je lah..hehe..Pada aku la,jerawat ni adalah ujian yg Allah mau bagi pada kita..Banyak hkmahnya~
Contoh : orang bejerawat ni selalunya 'sedar diri'..Tau muka xlawa mcm org laen..So timbul rasa malu n humble ni..Kurang sikit rasa 'temberang' tu....kan kan kan!hehe..
Actually,banyak lagi hikmahnya..Fikir2la sndiri ya..

Yang penting,
ELAKKAN DARIPADA PERCAYA PADA AMALAN2 KARUT UNTUK HILANGKAN JERAWAT..! - mcm2 aku dengar kaedah2 mengarut...jangan!bole jadi syirik kita baaa..nauzubillah~~


p/s: Baru semalam timbul satu agy kcik kat pipi...And I said WHATEVER ~ ^.^


Friday, 18 November 2011

Kena Reject Biasiswa MARA (SPC)- Aku happy..!!

(post ni pasal SPC masa batch '93. Aku difahamkan batch after kami suda banyak pilihan!!jeles3x..haha)

Hurm, tajuk ni nampak mcm agak pelik en??
Yalah,kalau kena reject tu opkos la sedih.
Tapi pasaipa aku happy ? O.O'



Thursday, 17 November 2011

Kepentingan Solat Awal Waktu

Bila ckp pasal solat,of course..SOLAT ITU WAJIB.!

Brdsrkan apa yg aku tahu,perkara pertama yg akan kena hitung nnt wktu 'judgement day' dihadapan Allah SWT adalah Solat kita..

So no doubt,solat sgt penting..And aku hrp org yg sedang baca entry ni pun solat 5 waktu k~! ^.^

Xpa,aku sndiri aku pernah lalui sndiri zaman2 jahiliyah dulu..Alhamdulillah,pas masuk MRSM,Allah menyedarkan aku...syukur3x sgt!,,That's what we call nikmat Iman dan Islam yg kta kena jaga.. insyaAllah..



Back to da topic,kepentingan solat awal waktu..
Few weeks ago aku ada terbaca satu artikel yg sangat menarik n bgus sbgai jamuan minda..
Dia pasal kaitan antara peralihan msa dan faedahnya semasa solat..
Keypoint dia kt sini = "faedah trsbut hanya akan diperolehi jika kita solat tepat pd wktunya.."


Ni link dia..
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1111-apa-hebatnya-solat-di-awal-waktu.html

Summary dia la..Kasi senang dulu tuk digest..


1. Subuh - Rezeki mula turun kebumi..
-no offense bila aku ckp,reason org Cina selalu berjaya bcoz dorang bangun awal pagi tuk mula brsenam n bekerja..Bukan mcm orang kita!Pemalas *refering to myself also..Bangun subuh liat,apalagi mau mula bekerja dsbgnya.Sebab tu kita ni slalu sangat ketinggalan dlm smua aspek kehidupan..sobsob T.T

2. Zohor - Penghadaman..

-gud for stomach.

3. Asar - Reproductive system & Kreativiti



4. Maghrib - (takut mau tulis...!!!!!!!) bacala sendiri kalau berani~!

5. Isyak - Ketenangan
- actually,dlm Islam,sekarangla waktu terbaik tuk tidur..Bangung balik bila?...PAndai!! Wktu Qiamullail..^.^



Inilah bukti bahawa Allah itu Maha Bijaksana..Aturan-Nya hebat belaka,melangkaui batas pemikiran lemah manusia...^.^...Subhanallah...~~

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...