Label2 yg best..!

Sunday, 6 January 2013

Dia Solat, Tapi Jahat

ko same jer jahat..takyah solat r ~
Mesti kita selalu dengar kan kata2x pujangga nih..
Contohnya : 

Kaslan : Alah Amir, kau ni nama ja solat, tapi masih gak mencarut-marut..Sama jugak cem aku yg xsolat nih
Amir : ...(Betul jugak en..)
Syaitonirojim : ...(So, janganlah solat..kaan)
*pandai btul kau enteprem setan*



Ahah! Misti kita selalu berhadapan ngan situasi ni kan..
Tidak kira lar c 'Amir' tu kawan kita..or mungkin c 'Amir' tu kita sendiri..
Dan tidak kiralah kesalahan kita tu apa : Mencarut, memaki, mengumpat, menipu, mencanang, me.. me.. apa lagi......ntah..

Kenapa agaknya benda ni berlaku, sedangkan Allah SWT jelaskan bahawa solat itu mampu mencegah kemungkaran?


'Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar'

(Surah Al-Ankabut,45)


========================================================================

Why? Kenapa? Bakket? Dosta? Wae?


Untuk merungkai masalah ini, jom kita ke kelas 1 Anggeruk..

"Ya angkat tangan siapa rasa cikgu hensem.."

Cikgu Beberk : Murid-murid, cuba jawab soalan ni..

Kenapa Allah mewajibkan solat agak2nya?

Pelajar A:
Sebab, solat melatih kita untuk berdisiplin dalam setiap masa.
Solat kena ngam2 ikut waktu..Mana boley suka-suki main Qada2.

Pelajar B:
Pastu, sebaik2nya, solat kena berjemaah.
Mendidik hati kita untuk melangkah ke rumah Allah, walaupun penat.

Pelajar C:
Dalam solat, ada bacaan2 yg memuji2 Allah, yang mengagungkan-Nya.
Jelas sebagai latihan bagi kita agar sentiasa berharap pada Allah dalam setiap perkara.
Tidak kira dalam senang ataupun susah.

Cikgu Beberk : Bagus betul jawapan kamu smua kan! So, cikgu pun tak payah mengajar lah..Jom balik ~!!

Semua pelajar : Hooraayy!! \\O// \\O// \\O//

#CikguPemalas
========================================================================

Jadi bersebab kenapa Allah wajibkan solat kepada hamba2-Nya.
Solat adalah umpara 'guru disiplin'
Melalui solat, kita....

  • Belajar mematuhi masa 
  • Mendidik hati untuk sentiasa Taat & Setia
  • Meneguhkan keyakinan terhadap kebesaran Allah

Jom jawab soalan ala2x Ustaz Hassan Din dlm 'Pesan Atok' Tv9

"Bila kita sentiasa patuh masa, kita terdorong buat kesalahan taaaak ??"
"Bila kita taat pada Allah, kita takut buat mungkar taaakk ??"
"Bila kita tahu Allah Maha Besar, kita suka buat dosa taaaak ??"

Dengan rakusnya budak2 tu jawab "Taaaaaakkk~~"..ngan aku-aku sekali semangat..xp


KONKLUSINYA...

Bila kita ni masih sentiasa melakukan dosa walaupun kita seorang yg solat, something need to be repaired in our solat..Penghayatan kurang barangkali..



Manusia xboleh lepas dari dosa..
Tapi dengan solat, sekurang2nya kita sentiasa dalam keadaan sedar..
Dengan solat, kita dapat menebalkan sikap malu utk melakukan dosa..
Dengan solat, rasa bersalah buat dosa tu lebih tinggi..
Dengan solat, kita sedar yang Allah sentiasa memerhatikan kita..






5 comments:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...