Label2 yg best..!

Friday, 1 February 2013

Pharmacy for Dummies


Aku dpt bnyk request, mintak explain pasal bidang Farmasi ni..I really wish I can help u straight away..

Tp skrg ni I'm just too busy, facing my final semester in Pharmacy Foundation in UIA..
So, firstly I wanna say sorry..Secondly, insyaAllah I will try my best to spend my time to make more entries regarding this issue..^__^


Tajuk kemain lagi 'Pharmacy for Dummies', mcm aku ni pro sangat la konon pasal Pharmacy ni ...
Padahal aku sendiri blom habes Asasi Farmasi..Sokay, marilah kita ber'noob' bersama..
Aku sebelom ni mcm anda2 jugak, have no idea about Pharmacy.



Bunyi 'pharmacy' tu mcm menarik en, mcm agak ilmiah sket..
So, aku pon pi lah cari buku kt kedai buku Popular..
Alhamdulillah aku terjumpa satu buku yg bersinar2 terang dari pintu entrance lagi, bku yg bakal mengorak masa depan aku : "Kerjaya Dalam Bidang Farmasi" by Rashidah Mat Noor..chring chring (bunyi cahaya)


Buku ni sangat complete, penulis ceritakan A-Z pasal kerjaya farmasi..
Pengenalan, Tokoh, Sejarah, Definisi, Bidang Tugas, Cara Masuk, Universiti menawarkan, Gaji..!! ehem2x..
Memang seryesly tiptop lah..So, korang2 yg rasa 'macam' minat ngan bidang farmasi ni, gua sarankan anda beli..InsyaAllah minat anda akan lebih ter'enhanced...=)

In this entry, I wont tell you all the details about Pharmacy..
Here I will only tell you roughly what is Pharmacy and what a Pharmacist do..
In my next upcoming entries, insyaAllah I will explain more deeper and deeper..



What On Earth is Pharmacy??


Aku yakin, mesti masih ramai diluar sana yg seringkali keliru dengan kerjaya seorang pegawai Farmasi..
"Eh, doktor kan ada untuk bagi ubat, buat apa perlukan pegawai Farmasi lagi??"
"Hurm, Farmasi tu bukan kedai ubat ke? Orang kerja kat Farmasi tu semua pekerja kedai je kan?"
"Bidang Farmasi ni banyak ke peluang pekerjaan? Mcm xfemes jerq.."

Ahli Farmasi adalah 'rakan karib' kepada doktor perubatan. Doktor tukang rawat pesakit manakala pegawai Farmasi tukang kasi ubat kepada pesakit..

Kalau kat Malaysia nih, kita boleh tengok kat hospital kerajaan..
Kalau kita sakit, mula2 datang jumpa doktor.. then dah habes dia kasi injection puas-puas, dia tulis something..Something yg sepatah haram pon xpaham..Blom campur tulisan Monotype Corsiva herot dia lagi..That's what we call as 'prescription', yg akan dibagi pada pegawai Farmasi untuk diorang cari ubat yg sesuai dengan sakit kita, mengikut dosage sukatan yg sesuai..

Pakcik aku penah habaq kat aku, "Kalau cemtu kerja Farmasi ni sama macam doktor jugaklah kan.."
Hurmm, agak sama tapi xserupa..Bezanya, doktor ni mempunyai kredibility untuk merawat dan membedah, in which a Pharmacist can't, especially to the doctors under MBBS
In addition, apa yg ada pada doctor tapi tidak pada pharmacist adalah : stetoscope..(alat check jantung)
But dari segi ilmu perubatan, both doktor dan pegawai Farmasi mempunyai ilmu yg sama luas


Pharmacy in Malaysia

Di Malaysia, mungkin kita xnampak sangat kerjaya Farmasi nih..Sebabnya tengoklah kebanyakan klinik yg ada, doctors are the ones who treat you and give you the medicine, not a pharmacist..
Berbeza dengan negara2 lain, tugas seorang doktor hanyalah men'check si pesakit and tulis prescription..Bahagian ubat2 diserahkan sepenuhnya kepada seorang pegawai farmasi..
That's why in Malaysia we are facing 'Dispensing Right Issue'..


But no worries, "Kerja Tunggu Kita Bukan Kita Cari Kerja" is for pharmacist in Malaysia..
Means, kerjaya sebagai farmasi amat luas di sini..Sebabnya, seorang graduan ijazah Farmasi xsemestinya akan kerja kat sepital, boleh jgak kerja kat makmal, jadi pensyarah, masuk bahagian undang2 dan banyak lagilah..Menarik kan!

In fact, memandangkan kebanyakan graduan Farmasi akan bonded dengan biasiswa JPA, so automatically kita akan wajib kerja dengan kerajaan for certain period of time..Dulu 10tahun, tapi dengar2 sekarang direduce'kan..So masalah pengangguran tu insyaAllah xmenjadi masalah buat kita2 nih..yes yes!


Memandangkan anda sudah mula bosan, here's the final part..hehe
"Pharmacy ni susah tak?"
Okay, like I previously mention before, 'ilmu seorang doktor dan pegawai farmasi adalah sama luas'..
Means what? Means SUSAH LAAARR...harharhar!! ..ok, xklakar pn..=_='
No la, mana2 ilmu pun kita akan kadang2 rasa susah, kadang2 rasa senang..Tapi kalau minat tu tinggi, insyaAllah xmenjadik masalah..stress kengkadang tu biasalah..ok~
"Semakin susah cabaran yg kita hadapi, if we manage to overcome it, semakin tinggi kepuasan yg kita rasai"


p/s : rasa xmau mengarut sgt..Tapi last2 mengarut jugak yg lebih..I'm sorry..hehe ^_______^

- Stay tuned for the upcoming Pharmacy-related posts -


2 comments:

  1. susah susah susah. hahaha. mw hafal pharmacology lg. -.-

    ReplyDelete
  2. thanks saudara, info terbaek dr ladang

    aku akan di interview farmasi UKM

    semangat aku baca entry kau

    GO PHARMACIST !

    ReplyDelete

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...