Label2 yg best..!

Tuesday, 28 May 2013

Welcome Home Sabbe !!!

Haaaahhh...Finally I can breathe~~Why?
1. Aku baru habes asasi..(final paper smua habes dgn jayanya..Alhamdulillah~)
2. I'm HOOOMMMEEEEEEE!!! yaaayy~~A long 4months of waiting..^^

  
"Eh, dah kenapa rumah aku mengecik? O_O..Maakk?"

Banyak sebenarnya benda baru yg aku mau post..
Well, topik2 klise pasal IPTA or AfterSchool mungkin aku kurangkan memandangkan student2 smua sudah dapat rsult UPU bla3x..

Congratz pada yg cemerlang..Seriously anda2 awesome..*respect*
Pada yg xberapa mau berjaya tu, be patience, redha..Allah has a BETTER future plan for you and all of us..



Mungkin ada yg still in blur xtahu mau masuk mana; matriks,sambung f6,or persue UPU..
To be serious, ur time to think sangat2 singkat skrg..Ask for others opinion, doa bnyk2..

Boleh jgk kalau mau tanya aku soalan2 mudah..Aku pn xtahu bnyak sgt, tp apa yg aku tahu insyaAllah aku share..But please, JANGAN TANYA KAT BLOG NI, TP TANYA KAT AKU PNYA FB OFFICIAL BLOGPAGE (sini)..okay fans..hewhew

=_=' "Ayat bajet femes xbley bellllaah..gewliy "


My Plan ?

Opps..hihi..main politik jap~

Naaahh, I aint need all that..cheey~ >_<
Honestly, aku xplan apa2 lagi..Maybe for the first 2weeks, I let my life freely flowing dulu in accordance to my surrounding..Nanti2 baru aku plan apa yg patut..
Penat wey, lepas berhempas-pulaslar sangat masa final sem arituh..
Tp penah tepkir jgak apa yg patut aku buat..err..contohnya :

1. Kerja part-time ---> Ini Wajibul ghunnah Bin La budda'..aka mesti buat. Yalah, cuti 4bulan, mesti bejuta kali aku hangout ngan kwan2. Then, mesti guna duit kan..Xkan harap duit parents lgi..malu seyh~I'm 20! 
Tapi, malas laa..plus xmau kerja berat2, penat..I still remember how bad the sufferings yg aku tempuhi masa kerja promoter Parkson dulu..boley menangis aku.. ='(
Mau kerja yg ringan2 ja la..Aku ingat mau kerja kat Farmasi Aslam, boleh timba experience sket..kan kan kan..(Bijaknya aku) Tengoklah nnt amacam..

2. Driving License ---> I'm 20 but still xdak lesen..Yeah, say whatever u want, tapi aku bangga dengan tittle ittew..hehe
Malas la amek lesen nih (eh,malas lagi)..takut..nnt rosak kereta bapak aku aku bantai..
Pastu susahla kalau aku pandai drive nnt, manatau hebat, boleh jadik pelakon Fast Furious 7..(Still xboleh terima kenyataan Gisele mati masa Fast Furious 6..xadil xadil..huh)
Tapi kan benda ni penting..masa kat UIA Kuantan nnt, transport awam agak susah..heish~
Tengoklah nnt amacam
..

Seee..!! #ehh

Pape jelarh..Yg pnting sekarang ni aku enjoy dulu..uh uh uh, my diet program still ongoing tau..
"Sabrie telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3.5kg dalam masa 4bulan tanpa perlu eksersais apa2pun.!" Seee..! LAyak dah masuk tv3 pukul 7setengah ptang..=)
Di rumah ni mmg cabaran dia besarlah..makanan berlambak2..rezeki~~hihi


Okaylar..this entry is only the warm up before I write further..urgh, rasa diri noob semula lepas lama xmenulis..Anne-Vee-Aim, aku try asah balik pelan2~k folks..tewraahh~~*lambai*
Urmm..urmm.hentam r


p/s : proceed hobi lama = download movie tapi x tengok..^__^

Friday, 22 February 2013

Tengok Cerita Hantu, Boleh Kurus..!

Tadaaaaa...another great news buat si gemuk2 yg suka tengok movie2 hantu (macam aku)



"Hey kwn2 ku yg gemuk semua, sekarang kita semua xperlu susah payah makan pil kurus, sapu losyen panas, jogging kehulu-hilir, kawal makan, dsbgainya~
Kita cuma perlu duduk depan laptop, tengok movie hantu paling seram didunia, sambil mengunyah Gardenia Butterscotch baru..Nyumnyum.."

(=_=)....OK, ini iklan manyak tipu pnya....(=_=)



To those yg kenal aku, aku ni memang ada masalah kegemukan sikit..
Walaupun xbanyak, still confidence level aku rendah untuk pakai baju kaler cerah-cerah ceria..
So, aku banyak study pasal apa itu lemak, asal-usul lemak, makanan, metabolisma, calorie, exercizes, etc..

Then one day aku terbaca, tengok crita hantu boleh bikin kurus..Aku pun, aikk?!
Seryes? How come, aku selalu jaa tengok crita hantu terjerit2, xpon kurus2..So, aku ignore benda tu..



THE SCIENTIFIC FACT

However, kebetulan sem ni aku ambil Biology II, study pasal Hormone..
So, aku akan cerita guna bahasa mudah jaa spaya senang faham..

Bilamana kita makan makanan (GLUCOSE), badan akan menghasilkan hormon INSULIN..
Glucose ni kita perlu sebagai sumber tenaga pada badan..
Bila glucose xdigunakan, Insulin akan menukarkan lebihan Glucose tu menjadi 'lemak' (GLYCOGEN)..
Ini adalah process biasa dalam badan..
Sebab tu bila kita makan banyak, lemak pon banyak ~ bila exercise, lemak pon kurang..

However, waktu kita berada dalam keadaan 'terkejut', badan memerlukan Glucose yg tinggi, untuk alert'kan sistem badan..
Badan memerlukan 'tenaga' sewaktu kita terkejut, untuk memudahkan kita fokus and bertindak..
Jadi, hormon ADRENALINE (Epinephrine) akan menukarkan 'lemak' menjadi Glucose pada keadaan tersebut..
Therefore, betullah fakta bahawa 'lemak' akan digunakan bila kita terkejut..

Menarik en! So, jomlah tengok crita-crita saspen spaya leh kurus..hewhew



p/s : Kalau ada fakta yg tersalah aku mintak maaf k, aku cuma share what I know..hee ^__^


Friday, 15 February 2013

Happy Besday Sabbe'~~

Officially I'am..

20....?!

Hoho..Aku still xboleh terima kenyataan yg aku ni oredy reach duaploh tahun.
Bcuz tahap kematangan aku xselari dengan tahap kecomelan aku..
Sampaikan aku rasa macam baru taun lepas aku amek UPSR
Kan kan kan~lalala



Herrm..lama dh aku xberstory-telling en..So, bersempena dengan usia aku yg makin menuju kematangan nih, meh aku bercerita plak~

Bagi certain org, birthday is just simply 'a day'..Tp bagi aku, birthday ni mesti di'special'kan..
Yalah, hari biasa lain xdanya kau dapat peluang menggedik mintak hadiah kt org..
Ada org kan masa besday dia, like nothing happen..Mintak wish pon tidak..
Beza betol ngan aku yg mesti kepoh-kepoh tiap kali besday..Aku akan bagi ingat kwn2 aku atleast seminggu awal..Yalah, manatau ada yg prepare hadiah kaa, prepare duit utk belanja aku ka..
So far, smua usaha aku berjaya..ekeke..Each year, mesti ada jaa simple 'birthday presents' yg aku dpt..


My Story

Paling aku ingat masa derjah 6..zaman kanak-kanak riang Ribbena~
Tiap2 hari aku announce bagi ingat classmates aku pasal besday aku..
Xsia-sia usaha aku, raaamai gila yg bagi hadiah..
Ada yg kasik frame gambar..Kasik tabung..Kasik patung keras..(patah dh pon kepala patung tu..huhu..sorry Mang)
Comel btei en ktorang..  =)


Besday yg ke-18, masa tu aku tengah kerja kt Parkson..Aku seriesly xtau mau buat apa masatuh..
So pikir pnya pikir, tiinggg!! Aku terlintas utk beli buku nota cemcomel and mintak smua kwn2 aku kt PArkson wish besday and bagi motivational quotes kt buku tuh..
Habes smua akak2 cashier aku suruh tulis..Penuh tros..kihkihkih..^_^
(Kebetulan masa nih MaulidurRasul)


Besday yg ke-19, kat UIA..yalah, dh tua2 nih segan lak mau kepoh2 ngan classmates aku..
So, aku riuh kt bilik jaa lah ngan rumate..Seksa diorang puasapuas..
Msa tuh si Poyok belanja lunch..cukup larh..ada jgk yg belanja..ngeh3x..
Kt kelas, bdak pompuan nyanyikan aku lagu besday...Awww, so suwweeettt~~ >.<
Then, my 20th Birthday which is today..!! Yaaayyy~
Sooo..baru tadi kitorang (aku,WanTelur & Popcek) gi Nando's kat JayaOne..
Seryes sedap and best..*Kena belanja, mestilah best*..
Thanks WanTelur and Popcek..! ^___^

Mahal nan sedap..ngehee~


p/s : Thanks to all the wishes guys..Yg dri FB, Twitter, Lintaslansung...syg korang ketat2..^3^


Thursday, 14 February 2013

Hari ni Valentine !!

Bila sebut tarikh 14 February, apa yg aku akan terbayang dulu....

"Herrmmm...hantar tutorial Bio?? Eysh, itu esok..."
"Present English Research Paper?? No no no..too early..."
"Ohhhh..!! Esok 15February !! BEFDAY AKUUUU~~~"
*take note* leulls

Tapi ada satu lagi yg paling worldwide trend kat Twitter...VALENTINE's DAY~
Umum tau kan pasal hari Valentine ni..Hari 'bahagia' bagi couple2 yg sdang asyik berchenta...



Baru ja semalam aku pegi taklim kt Lecture Hall, tajuk pasal menatang Velentine nih..
As always, crita pasal sejarah, asal-usul, bla3x...In fact, penguar-uaran tntang keharaman menyambut Valentine ni pon sudah laaaaama digembugembarkan..Sejak aku form 2 lagi kut~

But, why?? Adakah Islam agama yg sungguh 'kolot', sampai hari mengingati kekasih pon xboleh..?!
NO NO NO



Islam agama fitrah..Islam sendiri mengiktiraf fitrah umatnya untuk saling-menyayangi dan cinta-mencintai..
Malah, tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri..
See how Muslims are taught bout the importance of nurturing love in our life..

"Hah, kalau cemitu, bolehlah sambut hari kekasih ni en..? Alarh, bukannya buat apa pon.."
Exactly...........wrong!


Yet, I want to stress here, Islam agama mendidik..
There must be reasons kenapa certain perkara dilarang in Islam..

Sambutan Valentine nih, undeniably true, keburukan melebihi kebaikan..

Hari Valentine adalah 'tiket free' bagi kebanyakan young couples..
Before this, mungkin diorang mungkin just dating2..pegang2 tangan..tolong lap mulut...duuhh~~
Tapi masa Valentine's Day, mestilar 'special' sket dari yang sebelum2 ni kan..
So ramai yg menggunakan alasan bersempena hari kekasih ni untuk buat perkara2 terlarang..
They tend to use 'demi cinta sejati' bagi menggadai maruah diri..

Fitrah yes fitrah..Cuma jangan sampai ter'over, sehinggakan kita bukan lagi menuruti fitrah, tapi hawa nafsu semata..
Islam cuba untuk membantu mengawal kita, sebab kita ni mmg sukar untuk sekat kita pnya nafsu..
That's why Islam make a guideline for us, in helping us to prevent from commiting sins..




p/s : so, say no to Valentine's Day

Wednesday, 13 February 2013

Split Personality : Flexible Atau Hipokrit

Kalau korang2 nak tawu, aku ni jenis yang 'lain kawan, lain watak'..
Maksudnya, aku akan sesuaikan perilaku aku, bersesuaian dengan siapa yg aku berborak dengan..

Kata kasar lagi kesatnya, "Jumpa 'setan' jadi setan, jumpa 'malaikat' jadi malaikat"

(tp kwn2 aku xdak yg 'setan' okaayy..><) smua baik2..sbb tu aku ni pon baik sama~*wink*

Actually before this, aku ada ter'come across someone says :
"E'eh hipokritnya orang tu..Dengan orang pandai, kemain lagi dia buat2 pandai"
At first I was like, (=_=')..But surprisingly ramai commenters yg support dia pnya opinion..
It was a "herrmmm" momment for me, sebabnya, yg dia cakap tu sebenarnya unliterally 'AKU'..


AM I BEING HYPOCRITE?

So, hipokritkah aku? Adakah aku sorang yg berpura2..'Talam seratos muka?'
Some may say, 'yes'..Tapi aku ada pendapat aku sendiri regarding this..

Contohnya when you are surrounded with golongan bijak-pandai-ilmu-luas, mestilah idea perbualan kita tu di'ilmiah'kan..Mcm health issue,politics, oversea study, ka... anatomy (over plak).
Xkan cakap benda merapu kosong ntah-ntah ngan diorang en..
Dandan dilabel xbijak, "Ewrh, stupid giler dier nieh".

Reversal situation, bila berbual2 ngan kawan2 yg xberapa nk bijak sangat ni, xkan kita discuss pasal topik2 KDNK, sambung study mana, or bahaya merokok? ...krik-krik...
"Hok'alorh..bajet giller dowwhh ngkaw!!"

See, so kenalah sesuai dengan keadaan..
Masa skolah rendah dulu kan cikgu2 BM slalu cakap, 
'masok kandang lembu mengembek, masok kandang lembu mengemboo, masok kandang kucing mengiaw, masok kandang kuda me________' *pepandailah kau isi


Some may say it is HYPOCRISY..but I think it is FLEXIBILITY..



And when anybody says "Be yourself" ===> This is me!!




Saturday, 2 February 2013

Pharmacy : Bidang Tugas / Kerjaya


Kerjaya dalam bidang farmasi amat-amat luas..
Mungkin yg kita (and aku sendiri) selalu nampak cuma yg kerja kat sepital and kedai farmasi..
Tp did u know, sebenarnya bnyk lagi kerjaya yg boleh kita ceburi mnerusi bidang farmasi..
Contohnya kerja kat klinik, kat Kementerian Kesihatan, Industri Farmaseutikal & many more..



So, sini aku senaraikan beberapa bidang tugas seorang pegawai farmasi mengikut tempat..


1. Hospital Kerajaan/Swasta

Pegawai farmasi akan sediakan ubat-ubatan berdasarkan preskripsi melalui doktor.
Not only that, pharmacist jga kena peka dengan sejarah penyakit si pesakit..The dosage kena betul..
Then explain pasal ubat tu pada pesakit, cara makan, etc~

Menurut bacaan aku, kerja kat sepital agak penat sebab mmg xmenang tangan handling the non-stop coming patients..
Pastu kena peka and cekap, jangan sampai tersilap anywhere..
Tambahan kerja ni melibatkan nyawa si pesakit..

Selain kerja 'buat ubat', pharmacist juga ada lawatan ke wad bersama doktor perubatan..
MAsa pagi diorang akan pegi check latar belakang psakit, masa malam the pharmacist & doctors akan adakan perbincangan tentang kaedah rawatan si pesakit.




2. Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerja yg menjurus kepada bidang PENGURUSAN..
Contohnya, pentadbiran & human resourse mcm latihan, kursus, pendaftaran ahli farmasi, perundangan, polisi etc..
They also involved in penyediaan kokurikulum program farmasi pelajar & universiti..

(honestly aku xminat langsung kerja mcm ni..hehe)


3. Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan

Memastikan keselamatan, mutu ubat-ubatan moden dan tradisional..
They do penilaian dan pendaftaran ubat-ubat racun, bukan racun, kosmetik, bahan kimia sebelum berada di pasaran...(herm, kalau ada ubat kurus baru, kau dlu yg try~~bestnyaaa..xp)
More about penerbitan ubat la..lawatan ke kilang, perlesenan, pengimportan etc~


4. Industri Farmaseutikal

Menjalankan tugas sebagai penyelidik yg membangunkan produk di kilang-kilang ubat..
Ala-ala researcher cemtulah..Buat ubat jerawat ka, rambut gugur ka, ubat kurus ka..
Kalah London Weight Management, YunNam Haircare & NewYork Skin Solution..
MAsuk tv3 terus...yayy~~




5. Unit Penguatkuasaan Farmasi

Membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana premis/kilang yg mempunyai illegal poison, pemeriksaan ke klinik & hospital swasta, memeriksa aktiviti pengimportan dan menjadi pihak pendakwa di mahkamah..
Ala-ala skuad serbuan la cemtuh..Feeling2 polis buat serbuan..mcm cool..aisehmen~

6. Kedai Farmasi

Bisnes, bisnes, bisnes..Kau lah yg jual, pesan ubat, bersihkan kedai, semak rekod jualan, kounseling ubat..
Mcm yg kita nampak selalu kat kedai Farmasi tu...Ini untuk sapa2 yg minat bahagian bisnes la..
Siryes kaya wooo..Tp aku xmnat la..Entah, xberani lah meniaga ni...
Tpi manatau rezeki aku ada, bukak farmasi sendiri..insyaAllah~~Aku kasi diskaun pda smua pembaca blog aku..kah3x~~



7. Universiti

Not only u become a lecturer, tpi kau juga akan terlibat dalam bhgian penyelidikan di universiti tu..
Contoh, menghasilkan teknologi baru dalam ubat-ubatan bersama pensyarah and student lain.
Pensyarah farmasi juga hasilkan buku ilmiah & kertas kerja sbg rujukan.



-Personally, so far, wishlist aku adalah kerja kat hospital atau universiti-
How bout you?? ^___^


p/s : the source copyrighted by Rashidah Mat Noor : Kerjaya Dalam Bidang Farmasi.

Friday, 1 February 2013

Pharmacy for Dummies


Aku dpt bnyk request, mintak explain pasal bidang Farmasi ni..I really wish I can help u straight away..

Tp skrg ni I'm just too busy, facing my final semester in Pharmacy Foundation in UIA..
So, firstly I wanna say sorry..Secondly, insyaAllah I will try my best to spend my time to make more entries regarding this issue..^__^


Tajuk kemain lagi 'Pharmacy for Dummies', mcm aku ni pro sangat la konon pasal Pharmacy ni ...
Padahal aku sendiri blom habes Asasi Farmasi..Sokay, marilah kita ber'noob' bersama..
Aku sebelom ni mcm anda2 jugak, have no idea about Pharmacy.



Bunyi 'pharmacy' tu mcm menarik en, mcm agak ilmiah sket..
So, aku pon pi lah cari buku kt kedai buku Popular..
Alhamdulillah aku terjumpa satu buku yg bersinar2 terang dari pintu entrance lagi, bku yg bakal mengorak masa depan aku : "Kerjaya Dalam Bidang Farmasi" by Rashidah Mat Noor..chring chring (bunyi cahaya)


Buku ni sangat complete, penulis ceritakan A-Z pasal kerjaya farmasi..
Pengenalan, Tokoh, Sejarah, Definisi, Bidang Tugas, Cara Masuk, Universiti menawarkan, Gaji..!! ehem2x..
Memang seryesly tiptop lah..So, korang2 yg rasa 'macam' minat ngan bidang farmasi ni, gua sarankan anda beli..InsyaAllah minat anda akan lebih ter'enhanced...=)

In this entry, I wont tell you all the details about Pharmacy..
Here I will only tell you roughly what is Pharmacy and what a Pharmacist do..
In my next upcoming entries, insyaAllah I will explain more deeper and deeper..



What On Earth is Pharmacy??


Aku yakin, mesti masih ramai diluar sana yg seringkali keliru dengan kerjaya seorang pegawai Farmasi..
"Eh, doktor kan ada untuk bagi ubat, buat apa perlukan pegawai Farmasi lagi??"
"Hurm, Farmasi tu bukan kedai ubat ke? Orang kerja kat Farmasi tu semua pekerja kedai je kan?"
"Bidang Farmasi ni banyak ke peluang pekerjaan? Mcm xfemes jerq.."

Ahli Farmasi adalah 'rakan karib' kepada doktor perubatan. Doktor tukang rawat pesakit manakala pegawai Farmasi tukang kasi ubat kepada pesakit..

Kalau kat Malaysia nih, kita boleh tengok kat hospital kerajaan..
Kalau kita sakit, mula2 datang jumpa doktor.. then dah habes dia kasi injection puas-puas, dia tulis something..Something yg sepatah haram pon xpaham..Blom campur tulisan Monotype Corsiva herot dia lagi..That's what we call as 'prescription', yg akan dibagi pada pegawai Farmasi untuk diorang cari ubat yg sesuai dengan sakit kita, mengikut dosage sukatan yg sesuai..

Pakcik aku penah habaq kat aku, "Kalau cemtu kerja Farmasi ni sama macam doktor jugaklah kan.."
Hurmm, agak sama tapi xserupa..Bezanya, doktor ni mempunyai kredibility untuk merawat dan membedah, in which a Pharmacist can't, especially to the doctors under MBBS
In addition, apa yg ada pada doctor tapi tidak pada pharmacist adalah : stetoscope..(alat check jantung)
But dari segi ilmu perubatan, both doktor dan pegawai Farmasi mempunyai ilmu yg sama luas


Pharmacy in Malaysia

Di Malaysia, mungkin kita xnampak sangat kerjaya Farmasi nih..Sebabnya tengoklah kebanyakan klinik yg ada, doctors are the ones who treat you and give you the medicine, not a pharmacist..
Berbeza dengan negara2 lain, tugas seorang doktor hanyalah men'check si pesakit and tulis prescription..Bahagian ubat2 diserahkan sepenuhnya kepada seorang pegawai farmasi..
That's why in Malaysia we are facing 'Dispensing Right Issue'..


But no worries, "Kerja Tunggu Kita Bukan Kita Cari Kerja" is for pharmacist in Malaysia..
Means, kerjaya sebagai farmasi amat luas di sini..Sebabnya, seorang graduan ijazah Farmasi xsemestinya akan kerja kat sepital, boleh jgak kerja kat makmal, jadi pensyarah, masuk bahagian undang2 dan banyak lagilah..Menarik kan!

In fact, memandangkan kebanyakan graduan Farmasi akan bonded dengan biasiswa JPA, so automatically kita akan wajib kerja dengan kerajaan for certain period of time..Dulu 10tahun, tapi dengar2 sekarang direduce'kan..So masalah pengangguran tu insyaAllah xmenjadi masalah buat kita2 nih..yes yes!


Memandangkan anda sudah mula bosan, here's the final part..hehe
"Pharmacy ni susah tak?"
Okay, like I previously mention before, 'ilmu seorang doktor dan pegawai farmasi adalah sama luas'..
Means what? Means SUSAH LAAARR...harharhar!! ..ok, xklakar pn..=_='
No la, mana2 ilmu pun kita akan kadang2 rasa susah, kadang2 rasa senang..Tapi kalau minat tu tinggi, insyaAllah xmenjadik masalah..stress kengkadang tu biasalah..ok~
"Semakin susah cabaran yg kita hadapi, if we manage to overcome it, semakin tinggi kepuasan yg kita rasai"


p/s : rasa xmau mengarut sgt..Tapi last2 mengarut jugak yg lebih..I'm sorry..hehe ^_______^

- Stay tuned for the upcoming Pharmacy-related posts -


Wednesday, 16 January 2013

Tips Interview JPA

Dulu masa mula2 dapat tau yg aku layak untuk interview JPA, aku sangat2 happy..
Yalah, lepas kena reject MARA sebelum tu, mestila rasa frust menonggeng bergolek..
Tapi bila ada tawaran lain, "Huh JPA ada, okey MARA.."..chey..xkenang dihuntung pnya budak..>.<

Bukan senang sebenarnya untuk dapat scholarship dari JPA ni, even kena panggil interview pon, hati rasa ditumbuhi taman sudah..
Tapi neves jugak, mcm mana mau face interview ni..


Before this, aku ada pengalaman interview 2 kali masa skolah dulu..
First, mock SPC MARA interview ...Second, real SPC MARA interview..
Alhamdulillah aku puas hati dengan dua-dua interviews tu...walaupon dirijek..uhuks2x (klik sini)
Tapi masa interview JPA, honestly aku agak kurang puas hati.. bnyk jgk kesalahan aku buat.. >.< (klik sini)
Alhamdulillah dapat jugak~~


OooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooO
PREPARATION FOR THE SCARY INTERVIEW


1. Pakai Kemas-Kemas 

Ni basic la untuk pi mana2 interview pon..Rambut kena pendek, belah tepi, lagi melekat lagi bagus..Tinggi markah 'keskemaan'..terkenang rambut emo aku yg tepaksa potong..='(
Pakai baju kemeja plain utk lelaki, warna lembut lembut manja, jangan warna gelap sgt ..
Utk pompuan, baju sopan, warna jangan striking..! Jgn ko ingat kau boleh goda pacik penginterview..heee~
O_O"
Ber'kot or berblazer...err, takyah bajet...Hekhek. Sorry.....hurm, for me terpulang..
Kalau rasa konfiden pakai 'aksesori ala pegawai' ni, silahkan... =)
Btw, resume jangan lupa bawak...Penting untuk dapat markah 'kesungguhan'..

Taraaa...skema en


2. Fahami isu semasa -ini wajib-

Mau or xmau, kena ambil tahu sedikit sebanyak pasal isu semasa..
Sebabnya, possibilities interviewer akan bincang tajuk ni sangat2x tinggi..
Contoh isu semasa : Artis Berhijrah, Sekadar Trend ?? Ok, aku mengada~ >.<
Isu Perang Israel-Gaza, Perang di Syria..."Apa peranan anda?"

Hmm, terfikir jugak kalau diorang tanya, "Adakah mahasiswa layak untuk terlibat sama dalam HimpunanKebangkitanRakyat #KL112 baru-baru nih?" O.O'..kalau aku mmg sentap lah

Ntah..ntah..ntah..ntah.. o_O'


3. Kuasai pengetahuan pasal kerjaya pilihan

Contohnya, kita mau jadi electrical engineer..Kena faham lah apa bidang tugas seorang jurutera elektrikal..
Masa interview aku aritu, kawan aku kena tanya, "Apa peranan anda dalam menangani krisis nuklear di Jepun, sebagai seorang jurutera elektrikal?"..haaaa..
Kalau yg blur pasal kerjaya dia sendiri, mmg krik-krik la..Tambah2 kalau isu nuklear Jepun pun xtau..
Mmg kawan2 interview kau senyum kambing la tngok kau tergagap..xp


Aku plak kena tanya pasal isu 'dispensing right by doctor'...Tpi alhamdulillah aku dapat jawab, sebab isu tu agak femes bagi pharmacist worldwide.




4. Be Confident..!

Masa interview tu, tolong la show ur keyakinan..
Tunjukkan yg kau ni seorang yg layak untuk dapat biasiswa JPA..Biarlah kau terpaksa propa sekalipun..
Ni overconfident..pun jangan jugerk..
Satu fakta pasal interview , most of the time, penginterview xkesah sangat pon dgn point kau..
Yang diorang mau tengok adalah skill kau jawab soalan yg diberi..And how confident & strong you give your answer..Even kalau fakta kau salah, psychologically, orang akan terconvinced dgn jawapan mengarut kau..
Tapi jangan la jawapan kau tu mengarut tahap ultima kan..

Grammar salah ko wat dono jaa..Interviewer bukannya pndai English sgt pun..ayat penyedap

Bajet jennih~ekeke


5. Be Polite..

Be well mannered, duduk kena sopan..Paling penting, elakkan dari mencelah, kecuali perlu..
Kalau kau rasa jawapan interview-mate kau tu kau rasa pelik, kau diam jaa..buat muka freak boleh
Buat muka freak cemni..xp
Duduk kena tegak, jangan terbongkok2..Kaki JANGAN disilang~
Sentiasa senyuuumm..(^____^)..Kalaupun kau jenis muka masham , keep on smiling ~ (^_=)


errr..senyuum..heeee.~~

OooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooO


FAKTA
SUKA-SUKA

Aku xtau sejauh mana validity bnda nih.

Untuk interview JPA, cakap yg kau akan kerja dengan kerajaan dan akan meneruskan khidmat sebagai pegawai di Malaysia lepas belajar nanti..
Sebab, mungkin interviewer xsuka bila kau cakap kau mau kerja dgn non-goverment nnt.
Kan JPA ni kerajaan.

Berbeza dengan MARA, avoid giving answer : "saya akan kerja dengan kerajaan nanti.".NO!
MARA ni suka orang yg suka berniaga berbisnes..
Cakap la nanti kau mau buka kilang kosmetik terbesar didunia *konon*..
(sebab ni kot MARA rijek aku dulu..sbb aku cakap aku mau jadik doktor kat spital kerajaan..huhu)


Wokkeh, sampai sini saja perkongsian beta..Harapnya berguna lah..
Kalau isi takdak mengarut ja banyak, beta mintak mahap..Beta mmg suka mengarut2 ni...=)

Me say sorry~~ ^__^


p/s : goodluck interview~ Sharing2 la pengalaman interview pada beta.. =)

Tuesday, 15 January 2013

Study Last Minute

Masa aku study kt MRSM dulu, aku perasan ada beberapa jenis student

Genius - Study sikit, tp result gmpak
Sederhana - Study banyak, and result gempak
Pemalas - Study sikit, result hampeh
Kesian - Study banyak, result hampeh



Bercakap soal study, jangan tipulah, mesti ramai student yang suka study last minute kan..
Diorang rasa 'terlalu awal untuk study'..Takut lupa apa yg dipelajari tu kalau study awal2..
Ramai student anggap mcm tu..Termasok la aku ni haa form 5 dulu..

Analogi dia, drive kereta manual..Mula2 panaskan enjin, pastu guna gear 1, gear 2, gear 3, saaampai boleh pecut 1200km/h..

Rilek ar der...

One day, ada akak2 senior datang bagi talk pasal study...We were soo excited sebab pengalaman diorang sangat berharga..

Sesi Q&A aku tanya Kak Pipa,
"Kak, bukankah kalau study awal2 takut pancit tengah jalan..sebab penat ka, bosan ka??"

Then dia jawab, "Eh, tidaklah..sebab kalau study awal, kau akan bersemangat lagi untuk terus study nanti..Soal bosan tu ndak akan timbul tu, percayalaa..seryes best..okay, seryes best~" seryes best?

"Seryes best~!!" (?)
At first aku agak kurang yakin..So, aku try praktikkan apa yg Kak Pipa cakap tu..
Hence, dari awal bulan Januari lagi setadi gila2x..
Yes mula2 tu agak susah jugak untuk paksa diri untuk study..
Tengok orang lain enjoy menjoy, opkoslah aku jeles yg teramat sangat..


Tapi Alhamdulillah, aku xtau kenapa, lama-kelamaan, aku rasa satu kepuasan bila study..
Kalau terlepas satu masa study pun aku akan rasa sangat menyesal...
Boleh kata, study menjadik satu addiction~haa..mcm dadah plak

Finally, baru aku paham apa yg akak2 senior tu cuba sampaikan..
Bila kita study dari awal, ia menjadi satu kebiasaan, and finally menjadi habit..
Bila cakap pasal habit ni, it is not something to be forced..It comes naturally in you..

"Salah tu beb.."



My Opinion About Last-Minute Study

Pada aku, study last minute ni bahaya, especially for SPM students..
Mungkin PMR tu bolehlah, sebab aku sendiri study last2 dulu..Hasilnya, xdpt stret A..
Sebab, bayangkan, SPM science candidates basically akan ambil 9 subjek..
BM, BI, Math, AddMath, Bio, Chem, Phy, Agama, Sejarah..

Masuk form 5 kena habiskan syllabus dalam masa yg sangat100x singkat..
Belum campur syllabus form 4 yg kena ulang balik..msa cuti skolah mmg lupa habis smua tu..
Ditambah lagi dengan modules yg sangat banyak, compilation yg berlambak, homework yg tiada taranya..!
So, akan sangat stress kalau buat last minute..Mustahil siap..! Aku jamin 100%..pengalaman sendiri

Realiti...~.~



"Tapi ramai jaa yg study last minute tapi result mantap"



Like I mentioned awal2 tadi, didunia ni ada beberapa jenis student..
Untuk golongan genius, memangla, study ciput2 pun dapat A..
Tapi kalau student yg kais pagi malam lupa dah mcm aku ni, janganlah angan2..hehe
Beruntung golongan genius nih..

Tapi adakah itu bermakna orang biasa-biasa macam kita, patut dapat result 'biasa-biasa' jaa ??
NO..!!



p/s : In the end, usaha ni bergantung pada kesanggupan & keselesaan masing2..If you think you are okay to study last minute, then just proceed..^______^


Monday, 14 January 2013

First Impression a.k.a Impresi Pertama

"Wah, pakai speak mata frameless..Mesti bdak ni pandai gila en"
"E'eh minah ni, bnyk cakap plak..Mesti kuat ngumpat nii.."
"Bappak ah selekeh..Mesti roomate ngan tikus ni..gross gross"
"Pakai baju ala2x Kpop..Mesti kipas susah mati Kpop nih"


Definisi Cikgu Wikipedia : first impression adalah situasi bilamana kita jumpa/nampak sesorang tu, kendian kita membentuk 'mental image' terhadap orang tu.

Senang cerita, bila jumpa org baru first tym, otak kita otomatikly 'memandai-mandai' judge org tu mcm mana.."Is he someone to approach or to avoid? Is he friend or foe? Does he has status and authority? Is he trustworthy, competent, likeable, confident?"


You know by seconds which one to be friended..
Did you know, first impression ni berlaku setiap hari in our daily life..
Espesyeli kalau kita berada dlm suasana baru; mcm skolah baru, perumahan baru, tmpat kerja baru, etc
And did you know,  non-verbal cues memberi impak yg lebih besar terhadap first impression seseorang..
So it is very important for us to behave ourselves when meeting someone for the first time..

Bukannya kita mau jadi hipokrit, cuma ber'peribadi mulia'..
Kalau lama kenal barulah kau boleh tunjuk setan..
(untuk yg jahat sajer..yg baik mcm aku xyah..mmg natural baik..owwhh)

Accuracy/Ketepatan? 
Bergantung kepada si pemerhati & yg diperhati.

Kalau si pemerhati tu jenis manusia hati busyuk, smua bnda pun buruk la di mata dia..and vice versa..
Hati sucimurni : "Eh, penyopan benor lelaki tu ngan bini dia..Mithali sunggoh~" ^_^
Hati busyuk : "Eh, penyopan benor lelaki tu ngan bini dia..Sah, kena nasik kangkang" 

"Ooh, itu keje ngkaw yer.."


Don't judge book by its cover..? 
Betul, ada some books yg aku menyesal beli, cover kemain lawa, isi hampeh..=.=

First Impression ni sangat penting sebenarnya..Espesyelli pekerjaan yg memerlukan kita untuk face-to-face communication..
Cth : kerja bisnes ; masa jumpa client mesti pakai smart, berwangi2, well-mannered & menguntumkan senyuman kambing yg cukup manis..Barulah bisnes boleh jalan~

Senyuuuuuummm.....=)


What was other's first impression towards me?

Most of 'em say = SOMBONG...rasa mcm artis plak..
I'm not sombong okay..cumanya muka aku ni, kalau serious nampak mcm orang sdang marah..
Aku pon xtau kenapa..salahkah diri ini?
Tapi bilamana aku senyum, chrringg~~ kecomelan tersembunyi pon terserlah..


ultimate hidden cuteness >_<



DID YOU KNOW?
Gulp..O.o

p/s : Gotta check my profile photos !!


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...