Label2 yg best..!

Friday 25 November 2011

Aku ndak takut HANTU.....!! (tipu)

Hahahaha...Well,secara jujurnya,aku memang seorang penakut.(malunya...) >.<

Actually,sejak kecil lagi aku ada sindrom ni..
Datuk aku yg hensem pernah pesan : "Alaa,bila kau besar nanti,hilanglah rasa takut mu tu.Dun worry grandson".
TAPI...!Aku suda besar,tapi masih juga penakut.Tambah aku takut..Aaarrhhhhh~!!! XD

Aaaarrhh....
Lagi satu,aku sejak kecil lagi memang ada masalah susah mau tidur malam..Creeepyy~~
Let's say aku baring jam 11,tapi mesti tertidur jam 12++..Mustahil tuk aku direct dapat tidur.
Aku pun ndak tau kenapa bah.Genetic mungkin,sebab mama aku pun sama juga..hehe

Nah,habis lah ni..Dia kah tu saaaaaana dalam almari..?!?
Asal tym mau tidur kan,naahh..Disana lah setan2 hantu2 smua mau datang..
Tym siang2 tadi,ndak pula diorang datang..Mesti tym tidur.haha..

Sama jugak situasi tym aku tengok crita hantu...
Irony-nya,aku memang penggemar crita genre seram2 ni..hantu2,pembunuhan2,itu la yg aku suka..
Kalau lepas tengok tu,no feel lah..
"Ala,setakat bah hantu2 cemtu,bukannya seram punn..Duuhhh~"

Duhh~Tidak seram,tidak seram..Setakat bah hantu melayu..huh!
Hahaha...Siang2 egois la..Tapi,pabila malam menjelma........(O.O')
Mula lah rasa mcam adaaa jak sumthing kat sipi2 tinggap tu tengah dok pandang2 aku (sambil senyum2).
Kat cermin tandas,pintu dapur,dalam almari,belakang pintu bilik..
Kalau katil double-decker tu,atas bawah ada hantu dia..haha!

Matila katak.!!Apa gia tu..
Tapi,ada masa jugak aku ni jadik BERANI... =)
Tidur sorang kat rumah?No hal la weyh~~!
(sebab siang tadi tiada tengok crita hantu..>.<)
Siapa takut.??!!Tolong sket ah...hekhek..



Senarai hantu yang aku paling takut..tadaaaaaa....hee~


  1. Pocong - Ni paling sram sebab smua badan dia berbalut,tapi 'muka pucat' dia nampak.Kdg2 dia pandai mlompat laju2..eeeii~
  2. Hantu Raya - Ni lagi jahat!Pandai menyerupai muka org,even kluarga kita sndiri.Bukak pintu,'kakak' masuk.Then,bukak pintu lagi pastu,kakak (sebenar) masuk.Aik?Tadi tu siapa..?!?!?!Kucing kot..
  3. Langsuir - Dia ni suka kacau lelaki,dia begayut atas pokok,pastu ketawa2.Entah apa yg lucu btul.! Tapi,aku ndak berani tanya...hehe
  4. Hantu tumpang kereta - Haaa..Selalu kacau lelaki yg pandu keta sorang2 kat jalan sunyi..Ala,ndak payah la bagi tumpang.Tapi,ada org ckp,kalau xbagi tumpang,dia ludah keta tu.Then,kat rumah,ada pulak dia kat dalam keta..huhuhu..T.T

APA-APA PUN..!!

Kita ndak sepatutnya ikut sangat perasaan takut pada hantu ni..Ndak boleh~~Diorang tu jin,makhluk jugak..(trying to convince myself to be bravier)
Kita sepatutnya lebih takut pada Allah SWT..Dia adalah Maha Pencipta.Dia yg cipta smua makhluk di muka bumi ni.Manusia,Jin,Binatang,smuaaa lah ba..

So,berani tu kena ada dalam diri.Sebagai Islam,banyak alternatif yg kita boleh buat..
Paling penting,jaga iman.Jin2 ni paling suka org2 yg lemah imannya.
Especially perempuan yg pakaian ndak cukup kain tu.Tambah besar bah mata jin tengok.
Ingat!Bahaya kalau jin suka kita..Diikutnya kita kemana2..huhuhu..Ndak kau takuuutt..~~
LAgi satu,setan2 laknatullah ni takut dengar azan.Sebab tu asal azan jak,diorang lari lintang pukang..

FAKTA MENARIK..!!

"JIN TAKUT KEPADA MANUSIA"

Abu al-Dunya meriwayatkan daripada Mujahid, beliau berkata : "Ketika saya solat pada suatu malam, tiba-tiba makhluk sebesar anak kecil berdiri dihadapanku, lalu aku cuba untuk menangkapnya, tiba-tiba dia berdiri dan melompat ke belakang dinding hingga aku dengar bunyi jatuhnya.Selepas itu dia tidak datang semula."

Mujahid berkata, "Sebenarnya mereka takut kepada anda sebagaimana anda juga takut kepada mereka."

Diriwayatkan pula daripada Mujahid,beliau berkata : "Syaitan lebih takut kepada salah seorang daripada anda. Oleh sebab itu, sekiranya ia menampakkan dirinya kepada anda, janganlah anda takut jika ia boleh mengalahkan anda.Tetapi  bersikap keraslah kepadanya kerana ketika itu ia akan pergi."

(feuh..legaaa..kan kan kan..!)

So,now..Harap2 aku akan menjadi seorang yang lebih berani pada masa akan datang... ;p

p/s : Hati2..Pandang belakang sekarang.....(trip2 mau kasi takut)

1 comment:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...