Label2 yg best..!

Wednesday 16 January 2013

Tips Interview JPA

Dulu masa mula2 dapat tau yg aku layak untuk interview JPA, aku sangat2 happy..
Yalah, lepas kena reject MARA sebelum tu, mestila rasa frust menonggeng bergolek..
Tapi bila ada tawaran lain, "Huh JPA ada, okey MARA.."..chey..xkenang dihuntung pnya budak..>.<

Bukan senang sebenarnya untuk dapat scholarship dari JPA ni, even kena panggil interview pon, hati rasa ditumbuhi taman sudah..
Tapi neves jugak, mcm mana mau face interview ni..


Before this, aku ada pengalaman interview 2 kali masa skolah dulu..
First, mock SPC MARA interview ...Second, real SPC MARA interview..
Alhamdulillah aku puas hati dengan dua-dua interviews tu...walaupon dirijek..uhuks2x (klik sini)
Tapi masa interview JPA, honestly aku agak kurang puas hati.. bnyk jgk kesalahan aku buat.. >.< (klik sini)
Alhamdulillah dapat jugak~~


OooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooO
PREPARATION FOR THE SCARY INTERVIEW


1. Pakai Kemas-Kemas 

Ni basic la untuk pi mana2 interview pon..Rambut kena pendek, belah tepi, lagi melekat lagi bagus..Tinggi markah 'keskemaan'..terkenang rambut emo aku yg tepaksa potong..='(
Pakai baju kemeja plain utk lelaki, warna lembut lembut manja, jangan warna gelap sgt ..
Utk pompuan, baju sopan, warna jangan striking..! Jgn ko ingat kau boleh goda pacik penginterview..heee~
O_O"
Ber'kot or berblazer...err, takyah bajet...Hekhek. Sorry.....hurm, for me terpulang..
Kalau rasa konfiden pakai 'aksesori ala pegawai' ni, silahkan... =)
Btw, resume jangan lupa bawak...Penting untuk dapat markah 'kesungguhan'..

Taraaa...skema en


2. Fahami isu semasa -ini wajib-

Mau or xmau, kena ambil tahu sedikit sebanyak pasal isu semasa..
Sebabnya, possibilities interviewer akan bincang tajuk ni sangat2x tinggi..
Contoh isu semasa : Artis Berhijrah, Sekadar Trend ?? Ok, aku mengada~ >.<
Isu Perang Israel-Gaza, Perang di Syria..."Apa peranan anda?"

Hmm, terfikir jugak kalau diorang tanya, "Adakah mahasiswa layak untuk terlibat sama dalam HimpunanKebangkitanRakyat #KL112 baru-baru nih?" O.O'..kalau aku mmg sentap lah

Ntah..ntah..ntah..ntah.. o_O'


3. Kuasai pengetahuan pasal kerjaya pilihan

Contohnya, kita mau jadi electrical engineer..Kena faham lah apa bidang tugas seorang jurutera elektrikal..
Masa interview aku aritu, kawan aku kena tanya, "Apa peranan anda dalam menangani krisis nuklear di Jepun, sebagai seorang jurutera elektrikal?"..haaaa..
Kalau yg blur pasal kerjaya dia sendiri, mmg krik-krik la..Tambah2 kalau isu nuklear Jepun pun xtau..
Mmg kawan2 interview kau senyum kambing la tngok kau tergagap..xp


Aku plak kena tanya pasal isu 'dispensing right by doctor'...Tpi alhamdulillah aku dapat jawab, sebab isu tu agak femes bagi pharmacist worldwide.




4. Be Confident..!

Masa interview tu, tolong la show ur keyakinan..
Tunjukkan yg kau ni seorang yg layak untuk dapat biasiswa JPA..Biarlah kau terpaksa propa sekalipun..
Ni overconfident..pun jangan jugerk..
Satu fakta pasal interview , most of the time, penginterview xkesah sangat pon dgn point kau..
Yang diorang mau tengok adalah skill kau jawab soalan yg diberi..And how confident & strong you give your answer..Even kalau fakta kau salah, psychologically, orang akan terconvinced dgn jawapan mengarut kau..
Tapi jangan la jawapan kau tu mengarut tahap ultima kan..

Grammar salah ko wat dono jaa..Interviewer bukannya pndai English sgt pun..ayat penyedap

Bajet jennih~ekeke


5. Be Polite..

Be well mannered, duduk kena sopan..Paling penting, elakkan dari mencelah, kecuali perlu..
Kalau kau rasa jawapan interview-mate kau tu kau rasa pelik, kau diam jaa..buat muka freak boleh
Buat muka freak cemni..xp
Duduk kena tegak, jangan terbongkok2..Kaki JANGAN disilang~
Sentiasa senyuuumm..(^____^)..Kalaupun kau jenis muka masham , keep on smiling ~ (^_=)


errr..senyuum..heeee.~~

OooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooO


FAKTA
SUKA-SUKA

Aku xtau sejauh mana validity bnda nih.

Untuk interview JPA, cakap yg kau akan kerja dengan kerajaan dan akan meneruskan khidmat sebagai pegawai di Malaysia lepas belajar nanti..
Sebab, mungkin interviewer xsuka bila kau cakap kau mau kerja dgn non-goverment nnt.
Kan JPA ni kerajaan.

Berbeza dengan MARA, avoid giving answer : "saya akan kerja dengan kerajaan nanti.".NO!
MARA ni suka orang yg suka berniaga berbisnes..
Cakap la nanti kau mau buka kilang kosmetik terbesar didunia *konon*..
(sebab ni kot MARA rijek aku dulu..sbb aku cakap aku mau jadik doktor kat spital kerajaan..huhu)


Wokkeh, sampai sini saja perkongsian beta..Harapnya berguna lah..
Kalau isi takdak mengarut ja banyak, beta mintak mahap..Beta mmg suka mengarut2 ni...=)

Me say sorry~~ ^__^


p/s : goodluck interview~ Sharing2 la pengalaman interview pada beta.. =)

Tuesday 15 January 2013

Study Last Minute

Masa aku study kt MRSM dulu, aku perasan ada beberapa jenis student

Genius - Study sikit, tp result gmpak
Sederhana - Study banyak, and result gempak
Pemalas - Study sikit, result hampeh
Kesian - Study banyak, result hampeh



Bercakap soal study, jangan tipulah, mesti ramai student yang suka study last minute kan..
Diorang rasa 'terlalu awal untuk study'..Takut lupa apa yg dipelajari tu kalau study awal2..
Ramai student anggap mcm tu..Termasok la aku ni haa form 5 dulu..

Analogi dia, drive kereta manual..Mula2 panaskan enjin, pastu guna gear 1, gear 2, gear 3, saaampai boleh pecut 1200km/h..

Rilek ar der...

One day, ada akak2 senior datang bagi talk pasal study...We were soo excited sebab pengalaman diorang sangat berharga..

Sesi Q&A aku tanya Kak Pipa,
"Kak, bukankah kalau study awal2 takut pancit tengah jalan..sebab penat ka, bosan ka??"

Then dia jawab, "Eh, tidaklah..sebab kalau study awal, kau akan bersemangat lagi untuk terus study nanti..Soal bosan tu ndak akan timbul tu, percayalaa..seryes best..okay, seryes best~" seryes best?

"Seryes best~!!" (?)
At first aku agak kurang yakin..So, aku try praktikkan apa yg Kak Pipa cakap tu..
Hence, dari awal bulan Januari lagi setadi gila2x..
Yes mula2 tu agak susah jugak untuk paksa diri untuk study..
Tengok orang lain enjoy menjoy, opkoslah aku jeles yg teramat sangat..


Tapi Alhamdulillah, aku xtau kenapa, lama-kelamaan, aku rasa satu kepuasan bila study..
Kalau terlepas satu masa study pun aku akan rasa sangat menyesal...
Boleh kata, study menjadik satu addiction~haa..mcm dadah plak

Finally, baru aku paham apa yg akak2 senior tu cuba sampaikan..
Bila kita study dari awal, ia menjadi satu kebiasaan, and finally menjadi habit..
Bila cakap pasal habit ni, it is not something to be forced..It comes naturally in you..

"Salah tu beb.."



My Opinion About Last-Minute Study

Pada aku, study last minute ni bahaya, especially for SPM students..
Mungkin PMR tu bolehlah, sebab aku sendiri study last2 dulu..Hasilnya, xdpt stret A..
Sebab, bayangkan, SPM science candidates basically akan ambil 9 subjek..
BM, BI, Math, AddMath, Bio, Chem, Phy, Agama, Sejarah..

Masuk form 5 kena habiskan syllabus dalam masa yg sangat100x singkat..
Belum campur syllabus form 4 yg kena ulang balik..msa cuti skolah mmg lupa habis smua tu..
Ditambah lagi dengan modules yg sangat banyak, compilation yg berlambak, homework yg tiada taranya..!
So, akan sangat stress kalau buat last minute..Mustahil siap..! Aku jamin 100%..pengalaman sendiri

Realiti...~.~



"Tapi ramai jaa yg study last minute tapi result mantap"



Like I mentioned awal2 tadi, didunia ni ada beberapa jenis student..
Untuk golongan genius, memangla, study ciput2 pun dapat A..
Tapi kalau student yg kais pagi malam lupa dah mcm aku ni, janganlah angan2..hehe
Beruntung golongan genius nih..

Tapi adakah itu bermakna orang biasa-biasa macam kita, patut dapat result 'biasa-biasa' jaa ??
NO..!!



p/s : In the end, usaha ni bergantung pada kesanggupan & keselesaan masing2..If you think you are okay to study last minute, then just proceed..^______^


Monday 14 January 2013

First Impression a.k.a Impresi Pertama

"Wah, pakai speak mata frameless..Mesti bdak ni pandai gila en"
"E'eh minah ni, bnyk cakap plak..Mesti kuat ngumpat nii.."
"Bappak ah selekeh..Mesti roomate ngan tikus ni..gross gross"
"Pakai baju ala2x Kpop..Mesti kipas susah mati Kpop nih"


Definisi Cikgu Wikipedia : first impression adalah situasi bilamana kita jumpa/nampak sesorang tu, kendian kita membentuk 'mental image' terhadap orang tu.

Senang cerita, bila jumpa org baru first tym, otak kita otomatikly 'memandai-mandai' judge org tu mcm mana.."Is he someone to approach or to avoid? Is he friend or foe? Does he has status and authority? Is he trustworthy, competent, likeable, confident?"


You know by seconds which one to be friended..
Did you know, first impression ni berlaku setiap hari in our daily life..
Espesyeli kalau kita berada dlm suasana baru; mcm skolah baru, perumahan baru, tmpat kerja baru, etc
And did you know,  non-verbal cues memberi impak yg lebih besar terhadap first impression seseorang..
So it is very important for us to behave ourselves when meeting someone for the first time..

Bukannya kita mau jadi hipokrit, cuma ber'peribadi mulia'..
Kalau lama kenal barulah kau boleh tunjuk setan..
(untuk yg jahat sajer..yg baik mcm aku xyah..mmg natural baik..owwhh)

Accuracy/Ketepatan? 
Bergantung kepada si pemerhati & yg diperhati.

Kalau si pemerhati tu jenis manusia hati busyuk, smua bnda pun buruk la di mata dia..and vice versa..
Hati sucimurni : "Eh, penyopan benor lelaki tu ngan bini dia..Mithali sunggoh~" ^_^
Hati busyuk : "Eh, penyopan benor lelaki tu ngan bini dia..Sah, kena nasik kangkang" 

"Ooh, itu keje ngkaw yer.."


Don't judge book by its cover..? 
Betul, ada some books yg aku menyesal beli, cover kemain lawa, isi hampeh..=.=

First Impression ni sangat penting sebenarnya..Espesyelli pekerjaan yg memerlukan kita untuk face-to-face communication..
Cth : kerja bisnes ; masa jumpa client mesti pakai smart, berwangi2, well-mannered & menguntumkan senyuman kambing yg cukup manis..Barulah bisnes boleh jalan~

Senyuuuuuummm.....=)


What was other's first impression towards me?

Most of 'em say = SOMBONG...rasa mcm artis plak..
I'm not sombong okay..cumanya muka aku ni, kalau serious nampak mcm orang sdang marah..
Aku pon xtau kenapa..salahkah diri ini?
Tapi bilamana aku senyum, chrringg~~ kecomelan tersembunyi pon terserlah..


ultimate hidden cuteness >_<



DID YOU KNOW?
Gulp..O.o

p/s : Gotta check my profile photos !!


Why You Should Listen to Nasyid

Muzik dengan aku memang xboleh dipisahkan..
Umpama Upin&Ipin, Chip&Dale, Jack&Jill.. bila salah satu xdak, mesti mcm xkena kan..
"Jom tengok crita Upin..!" ?? errrrr..



Aku dengar semua jenis lagu..Omputeh, Kpop, Jiwang Kapak, P.Ramlee, Siti Nurhaliza, Indon, hatta Hindustan..
But my all time favourite is Nasyid...Sebabnya since kecik aku minat, saaampailah skrg...
Faveret group : Hijjaz, sebab suara Ust Munif tersangat best..^___^

If you think Nasyid hanya sesuai untuk golongan2 'suci murni', 
ternyata anda silap..
Jahat mcm beta pon suka..In fact, yg jahat la mesti dengar, supaya boleh jadi suci murni jugerk..insyaAllah~


Banyak sebenarnya kelebihan dengar nasyid nih..

1. It can touch through the bottom of your heart
Kebanyakan nasyid guna lirik yg memberi keinsafan, contohnya pasal kematian, taubat, etc..
"Ajal yang datang dimuka pintu, tiada siapa yang memberitahu...Tiada siapapun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali", Menanti di Alam Barzakh
So, if we really do listen and observe the lyrics, I believe that they can touch our heart..
"Ramai yang anggap mati penyelesai masalah, 
Tapi kalau tidak beriman, mati sangat menyakitkan,
Bagai pukulan 300 pedang"


2. Menambah indirect pahala..
Some nasyid songs put on together selawat & zikir in their album..
So, masa dengar tu, we otomatikli beselawat & bezikir sama2..Spontaneous reaction kata orang tua2..

Dengarlah selalu sampai menjadi siulan.."Jangan dok dgr lagu Britney Spears jaa Bek"..hee~
Aku suggest gi dengar album Hafiz Hamidun, Terapi Zikir nuh..best sesangat..




3. Dapat hafal sirah nabi & sahabat
This one is for real..! Aku suka kump macam Aura, Mawaddah..Lagu diorang banyak pasal kisah Nabi2 n para sahabat..
Honestly aku baru tau kisah pasal Saidatina Asma, puteri Saidina Abu Bakar r.a..If not becuz of the song, mmg jarangla aku dpt dgr sirah beliau..
Khaulah Al-Azwar penah dgar? Kisah pasal srikandi Islam, yang merangkap pahlawan di zaman nabi, tetapi seorang muslimah..!



In fact, kawan non-muslim aku pon terhafal sekali lagu Nabi Yunus by kump Aura. 
Sebab tiap hari aku ulang bejuta kali..Mana taknyer..hee~
"..Wahai kawan-kawan, mari dengar cerita,
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun.."
*nyanyi berjemaah bersama mak jemah*

4. Pengajaran melalui kisah silam
Lebih kurang mcm point kat atas, ada some lagu yg bercerita pasal kisah silam zaman dulu..
Contoh pasal Kisah Raja Namrud dibunuh nyamuk, Qarun si kaya yang engkar, Bahtera nabi Nuh..
Melalui nasyid lah aku dapat hafal crita dulu2..Ditambah dgn lagu yg memang catchy n sehronok utk nyanyi~
"Mati bayi kecil, hanyut di sungai Nil...Dibawah krajaan Firaun nan zalim..
..Didalam pembakar roti disembunyikan"
teka kisah sapa? =)




Wokkeh, sampai sini saja perkongsian kali nih..
Heharapnya ramai lah yg makin minat lagu2 nasyid nih..
Like I said previously, you don't have to be golongan 'ustat' to listen to nasheed..
Everyone should..^___^


p/s : Jom pakat tambah nasyid dalam mp3 kita..=)

Sunday 13 January 2013

Kenangan Ambil Result SPM

Easier for me to write this entry because I got my ancient diary with me..So just belek2 balik..
Heh, aku ada diary dowh...Ko hadoo ?? XD





23 MARCH 2011
-Tarikh keramat bagi SPM 2010 students-
RESULT KELUAAARRR..!!

Beberapa minggu sebelum tu, banyak spekulasi tarikh pasal bila result kluar..
Tiap hari kami begossip pasal benda ni kat tempat kerja..Hee, aku dulu kerja part-time promoter kat Parkson 1Borneo. Mostly lepasan SPM yg jadi part-time ctue, so suka-duka ke'neves'an mmg dikongsikan together-gether lah..

Honestly, aku agak berharap untuk SPM ni..
Sampaikan 3kali aku termimpi dapat stret A..Ohohoho..Mainan tidur semata-mata
UPSR ngan PMR xpenah dapat semua A, kesian la kat beta..heh
So, untuk mengelak dari frust, aku just target 6A's..and kunun mau struggle tym d matriks..=)

The Day We've Been Waitin' For

Hari yg dinanti tiba...jeng jejeeng..
Pagi tu, sebelum bersiap mau p maktab, aku tengok tv dulu..buat2 chill la konon~
Datok Fadhilah Kamsah bagi talk pasal SPM ni..He said, "redha dgn rsult yg kita dpt nnt"..ok ok~

Bila sampai kt maktab, we know that inilah first & last time kami akan bjumpa ramai2 satu batch..
So, lepas jumpa-jumpa semua, cikgu Abdul datang terjmpa kami kat blok pentadbiran..
Cikgu cakap, "20 orang jak kamu yg dapat straight A"..
"Haa, 20 jak..siapa suru kamu kuat main"
And automatic-medietly confidence aku punah hancus kaca berderai..hamekngkaw ayat
Sebabnya, kalau stakat 20 org, memang mustahil lah nama aku termasuk skali..
Aku ni bukan kelas Berlian (kelas top), masa graduasi pon ranking 22..tegelincir disitu
So, it was a NO for me..Awal2 aku pasrah..*kembangkan idung tarik napas*

Kat dewan Mengaris, rsult sudah boleh ambek..Org pertama yg aku nmpk pegang slip tu si Bernard..
Haiyyo, jantung aku mau gugur sudah tym tu..Makin neves plak..errgghh...>.<
Paling first bebas azab neves..
Paling ironinya, sebelum turn aku ambil slip, tiba2 sir Zaini suruh stop..
Sir suruh kami duduk dulu, sebab majlis penyampaian (ka perasmian?ntah..) mau mula sudah..Aiguuu..gantung~
Parents aku pun gitaw yg diorang balik duluan lah, sebab bapa aku kena sambung kerja dia..
ooo..majelis penyerahan keputusan..ok ok

Mula2 nyanyi lagu Maktab..besemangat sungguh kami..Lagu klasik feveret~ ekeke
Masa turn cikgu Yan, merangkap ketua bahagian rsult2, bagi speech, cikgu cakap "seramai 25orang yg dapat semua A..."
...
...
...
(O.O)
seriously?!

Sorang-sorang budak stret A kena jemput naik pntas..
Ni muka2 wajib Stret A..xheran..
Tapi xsampai semua kna sebut, MC stop majelis, sebab masa xcukup katanya..(?)
Eh, gantung lagi..rasa mcm kena troll plak..
What next?
Whatever, sambung berbaris amek rsult..



Final table, jumpa Bapak Sitar..
"angka giliran?"...aku ckp 140.....dub dab dub dab..*neves*
Bapak Sitar bahagi dua slip2 tu, satu bhagian khas untuk yg dpt Stret A..
Agak lama juga bapak cari slip aku....dub dab dub dab..*makin neves*
"Eh, xda kat sini "... Then, dia pilih yg slip2 khas tu...DUBDABDUBDAB..!! *makin deras*

"Haa..ada pon..^_^", Bapak bagi slip..Aku cepat2 'ragut', tengok gred setiap subjek....
BM, BI, Math, AddMath, Sejarah, PAI, Physics, Chemistry, Biology..
Takdak B, smua A...Otomatikly aku cover muka guna slip, n ....MENANGES~!??!?! O.o
Alolo..ciannyer dier..*nak penampor?*
OhMy..! Malu beb...tym tu dahla ada Sazwan, PG, Paeng, Glenda,..Mdm Q pn ckp dia nmpk..aduss (>_<)
Bebolehnya plak aku ternanges..(jujurnya gua ni mmg emo sket)..comel btul kan~XD
Mama si Mang pun nangis..Aik?! Tambah gua sedih..huhu
Alhamdulillah, syukur yg xterhingga..Festaim lah ni..Dikabulkan jgerk hajat aku selama ni..

Sir Zaini, bekas cikgu Bio kami..Kelas dia paling sempoi didunia..
Sekarang hupgrade jadi Timbalan Pengetua Ko-Q

Rupanya parents aku tau lagi awal, Cikgu Yan gitaw siap2 before diorang balik..=)

Kawan2 aku pon ramai yg dpt setereyt A..Si Sazwan, Kamil, Nabil, Sarhan, Miyuy, Shadli, Paeng..
Right after that, kami merayau beramai2 gi CP mkn SEcret Rechipi..=)



p/s : jgn ckp aku mengada2 plak...ini kan cuma sejarah lama..heee~~... ^____________________^

Lepas SPM : Matriks, Asasi, Diploma, Form6 ?

Another entry pasal SPM..Suka betul aku post pasal SPM kan.Bukan apa, sebelum ni pon aku alami perkara yg sama jugak, mencari2 info pasal 'next-step' ni.So, I hope this one may help. ^^


Sekarang aku mau cerita pasal, 'Beza antara Matriks, Form 6, Asasi, Diploma' dan yang mana mungkin sesuai untuk kita..

1. Matrikulasi

Matriks sesuai to those yg rasa mau tebus balik result SPM dia..Untuk masuk matriks, setahu aku result kena OK, tapi xperlu cemerlang sgt..Rasanya 3A boleh masuk sudah kot (correct me if I'm wrong)
Tapi Matriks ni agak mencabar, sebab masa study yg agak pack..(Ada jgk yg 2tahun kalau mau)
And kalau kau mau jadi the 'selective ones' perlu struggle habes la, sebab bilangan 4.00 belambak..So, kalau takat 3.50 tu xsemestinya kau dapat universiti pilihan masa degree, ended up 'kena lelong', istilah yg agak femes utk bdak2 matriks.

info berguna dari yg berpengalaman..^_^


2. Asasi (klik sini)

Asasi ni sama jaa ngan matriks..In fact, asasi/foundation = matrikulasi universiti..
Bezanya, kebaikan masuk asasi ni, kau akan ada bound dgn sesebuah universiti tu..
Kecualinya, bebudak asasi UM & UiTM kena isi UPU balik..(Cuma kau akan mnjadi priority oleh pihak universiti untuk masuk degree). Pusat Asasi universiti lain otomatik dapat masuk degree kat universiti yg sama..

Then, asasi ni pembelajaran dia lebih fokus pada bidang yg BAKAL kita amek masa degree..
Contoh, kalau kau mau jadi engineer, you wont take Bio..
But actually xsemua universiti mcm ni, ada jugak yg setadi Bio,Phy,Chem sekali disregarding ur future course..asasi sains UiTM guna sistem ni.
Tapi universiti lain lebih specific, cth : asasi kejuruteraan UIA, sains Fizikal Unimas, sains Fizikal UM



3. Diploma

Diploma ni untuk mereka yg xmau stress setadi, sebabnya belajar 3tahun...agak lama..
Pastu, kebaikan dia, lepas diploma boleh terus kerja..Kalau asasi/matriks xboleh..
Dan, bila sambung degree nnt, u will skip some years..(sebab some sylibus suda belajar msa dip)

IMPORTANT!! : Aku baru tau kewujudan SPA few months lepas SPM kami kluar..
Beliemme, kalau rasa mau 'rileks+selamat', ambil lah SPA..Aku amat3x galakkan..
Sebabnya, masa SPA, kamu akan didedahkan dgn kerjaya kamu..Plus dapat biasiswa kerajaan..duit duit duit~ $.$
Dan paling penting ==> OTOMATIK DAPAT KERJA LEPAS SPA..Which is peluang yg jarang2 kita boleh dpt, xperlu fikir pasal masalah kebun anggur kau kau xterjaga..



4. Form 6 - STPM

Form 6..Pada sapa yg suka spot-chek tiap hari, pakai baju sekolah, perhimpunan, menyayangi junior2, guna istilah 'cikgu' etc..hehehe
OK, mcm aku sendiri, mmg aku xmau masuk form6..xpenah terlintas sedetik pun..
Imagining aku sedang pakai baju sekolah, berkedek2 naik bas skolah bersama adik2...seram
Tapi, sebenarnya Form6 ni sangat bagus sebenarnya, dan STPM bukan senang ok!
Paling susah di Dunia Asia..kalau takat dpat 4.00 kat Asasi tu toksah bangga sangat lar..

Then, Form6 ni, akan menjadi priority kepada mana2 universiti dalam or luar negara.
If you get good result in STPM, that means you are reaaal good~~*respect*




CONCLUSION

Setiap penempatan ada pro's & con's masing2..

Kalau kau jenis yang mau study cepat, dan kau yakin mampu untuk catch-up pembelajaran, plus dapat good  SPM result, ambillah Asasi atau Matriks..
Just be careful dalam memilih course, sebab takut terlajak pilih, nyesal...(klik sini)

Kalau kau jenis yg mau study cara relaks, malas mau struggle hempas-pulas, mau kerja cepat, ambillah SPA..kalau gagal interview SPA, ambillah Diploma..pretty much the same thing, cuma SPA lebih untung..
Kelemahan dua ni, gaji lebih rendah berbanding Ijazah..(But u still can directly sambung degree)
Abg aku SPA, boleh ja aku mintak rm50 tiap kali jumpa...ekeke

Kalau kau xkesah dengan riangria suasana persekolahan, dan berani mengambil risiko, ambil Form6..Sebabnya, walaupun susah, tapi if you get good result, you're the boss..=)

Kalau kau mau pi oversea? Ada aku kesah..hehe..(klik sini)
InsyaAllah kalau aku rajin, aku buat pulak 'cara untuk setadi ke oversea'



p/s : Ini based on apa yg aku tahu dan menurut pengalaman kawan2 aku sendiri..Kalau ada kesilapan info, please inform me..Or any question, just 'call me maybe'..*xkepingin*



Kenapa Best Tinggal di Asrama

Tengok tajuk bebaik..asrama ok, bukan asmara.

Wokeh, sejak kecil aku jenis 'budak duduk rumah'..
Dan sekolah pon, aku sejak darjah 1 bersekolah di sekolah harian..

Untuk dijadikan cerita, masa form 4, aku apply untuk masuk MRSM KoKi, sekolah berasrama yg menjadi idaman ramai pelajar d Sabah..yekerr
Alhamdulillah dapat..Mula2 tu hepi yg amat lah dapat masok sekolah sains..
Tapi bila makin hampir untuk mndaftar tu, aku mula naik cuak..O.O'

"Mcm mana lah kehidupan aku tu nanti.."
"Aish, takdak kes buli kaa..?"
"Aku mau makan apa.."
"Sapa mau basuh baju aku.."

Honestly aku dulu bukan jenis yg berdikari..Tambah2 anak bongsu, memang dibelai dimanja lah..
Sebab tu bila besaq sket nih agak manja-manja Ella sket..*ngeri*
Dulunya aku xpandai basuh baju, xpandai iron baju, xpandai urus masa, serba-serbi noob lah..
Tidur pon kena paksa, hari-hari kena marah sebab kuat sgt main game..XD

Soo, bila masuk asrama, aku berubah drastically !!
I was a whole different Sabrie..berbeza dari segi pengurusan masa, cara berfikir..
Aku sendiri rasa masalah identiti masa awal2 dulu...(chey, over plak en..kau hengat ini telenovela)
Ringkasnya, aku jadi lebih matang lah...


Aku xnampak sebarang kematangan disini..=_='
Zaman form-2.. suci nya wajah itu..uhuks
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Apa Ke'best'an Tinggal kat Asrama ?
"Best la tandas..!" (?)

1. Pandai Berdikari

Like I mentioned before, kat asrama ni semua benda kita kena buat sendiri.
Basuh baju, iron baju, hantar dobi (ni aku xpenah buat sbb aku rajin)..
Apa ko ingat kawan kau sanggup tolong basuhkan?..Mintak mahap..
Kalau kau kasik aku pun, aku iktiraf jadi kain lap..*lap guna kaki*

Pastu memang katil wajib tegang la.."Selagi nyamuk tu ndak tegelincir di katil kamu, selagi tu belum tegang", kata warden..kau pernah tengok nyamuk tegelincir ?? O.O'
Cara senang, kau tidur la kat katil org..Konpom katil kau xterusik...^.^
(Chey, ntah-ntah 3 org dh tebongkang kat katil kau..)
"Aku dulu rosakkan katil kau..piisss~" kata Ahmid smbil buat muka jahat..>.<

2. Banyak Masa Study

Kehidupan asrama ni lebih terancang..Petang ada prep, malam pon ada prep.
So, mau xmau kau akan wajib pegi setadi kat kelas secara berjemaah.
Lagipun, kalau asrama ni, jarak pegi kelas teramatlah dekat.
So, you wont waste your time waiting for the bas sekolah, berebut2 mcm kambing..mbeekk
Ouuhh, I like this part..=.='
Lagipun, kat asrama ni, game tu agak tersekat sikit..
Zaman aku dulu, hempon, laptop mana boleh bawak..(xbawak la sangat)
So, dengan otomatisnya kau xdapat main game..
Asal boring, study...boring study, study lagi...boring lagi, buat-buat lah study..
Ni haa contoh buat-buat study..xp

3. Disuap

Bukan makan disuap, tapi ilmu tu yg disuap.
Cikgu2 sekolah sains, especially cikgu2 MARA ni sangat berdedikasi.
Kamu akan nampak kesungguhan diorang mengajar, sampai kamu betul2 paham.
Jujurlah, kalau compare dgn cikgu sekolah harian, mmg beza..(walaupun xsemua cemtu)
Ada jaa cikgu skolah harian yg rajin..
mcm Ust Abdullah, Miss Chong, Mdm Suria, Sir JJ, Mdm Tan,...kau xkenal pon en..krik-krik

Lagi, sepanjang aku study kt MRSM, modules (compilation questions) sangat banyak..
Sangat sangat sangat sangat banyak sebenarnya..Blom siap satu, satu lagi mendatang..mak'aih~
Memang kena tonyoh habis-habis..Blom cakap yg past-years trial pnya compilation lgih..
Hasilnya, pemalas tegar mcm aku, boleh jadi pelajar yg sungguh rajin..aiseh..
Dkt2 SPM, Math & AddMath boleh kata tiap hari ada habuan..


4. Ramai Kawan

Ini undeniably true..Bayangkan bila remaja-remaja sebaya kita, tinggal di bawah satu tmpat yg sama..
Memang happening la..Mcm2 jenis kawan yg kau jumpa..Ada yg ustat2, pengumpat sejati, freak, bnyak mulut, kuat study, annoying, pendiam, genius, comel (itu aku), pencapubpak lawak, geng Kpop, ramailah~

Beliemme, ikatan persahabatan tu akan lebih vivid & solid..
Masa berpisah tu, akan sangat terasa sedih dia..ades, terkenang plak...wuwuwu.. ='(



5. Toksah Gendong Buku Sekolah Tiap Hari

Haaaa..!! Ini nikmat..Masa sekolah harian dulu, tiap hari bawak buku tebal2 gi skolah kan..
Padahal bukan guna pon..Kdang2 cikgu yg xmasuk kelas ..*hoorayy* =)
Kalau stay asrama, kau tinggalkan jaa buku2 tu kat kelas..Tadak sapa mau curik..
Kalau rasa mau ambek, silalah terkedek-kedek sambil bergelak-ketawa ke kelas..
Bawak pencil case, fail bohong, beg kosong, homework xsiap, kamera dan senyuman =)
Pastu melenggang-kangkong gi kelas.

6. Kurang Belanja

Di asrama, makan di Dewan Makan free (bayar, cuma sekali dgn yuran)
Sehari makan sampai 6kali pulak tu..Sbb tu berat aku naik msa form 5..
So, xrisau pasal belanja gi skolah tiap hari..kan ada yg belanja sampai 5ringgit sehari..!
Heysh, jahat nyaa..Aku dulu belanja 1ringgit jaa sehari..wah, baiknya...


7. Banyak Cerita Hantu (?)

Huuuuuu..Seriyyes..asrama ni baaanyak sunggoh crita hantu yg best2x..

Bukan aku xtau semua tu rekaan semata, tapi still seram jugak..
Especially untuk orang penakut mcm beta..
Xcaya gi search YouTube taip 'hantu asrama'..konpom ketaq~ >.<
Untuk tambah keseraman, tengok ramai2 kat asrama..series best..


Saspen en...takut lettew

8. Dapat Nama Baru

Ok ini part beta suka...Percaya la, bila kau masuk asrama, mesti ada jaa nama baru yg kau akan dapat..

Kami dulu complete set nama-nama binatang..Ada si Tikus, Gagak, Bangau, Katak, Kambing, Monyet Probosis, Duyung Pulau Balambangan..
Jom main teka nama ala2x rimba..
Nama Sabbe' tu pon aku dapat masa form4 lah..
Mula2 tu rasa pelik sket dapat nama baru nih..Tapi lama2 melekat.. =)
Bila orang panggil Sabrie plak rasa pelik...aiguu~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Haaaaa...tu lah antara ke'best'an duduk asrama ni..Menggoda sungguh en..
Pada sapa2 yg masih ragu2 tu, aku galakkan lah untuk stay asrama..
Solat terjaga and insyaAllah boleh tambah iman..yg penting, pandai pilih kawan.

Walaupun kat UIA ni aku still asrama, tapi xsebest mcm zaman skolah dulu..='(

p/s : pinjam laci Doremon..


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...