Label2 yg best..!

Friday 31 January 2014

1st Sem 1st Year : Final Paper & Result

FINAL EXAM

Setadi week sebelum final paper, ada lar dalam seminggu.
So I utilized that week very wisely. Tapi still xcukup sebenarnya,
Lecture note berlambak gila mau baca..huhu..
Tapi so far, hmpir smua sabjek sempat baca smua la. Ada lar 2,3 topic aku tinggalkan.
Yg mana nmpak mengarut tu, aku abaikan. Kalau msuk exam, tawakkal sudeeyyhh..

Jadual Exam Final.


Tiap malam tidur lewat, pkul 1, pkul 2. Kadang tu bukan aku mau, tp memang xboleh tidur.
Stress gila bangun pagi, otak xfresh. Aarrgghh. Dengan tension mau hadapi paper, tambah plak xcukup tidur..huhu..betapa aku cuba utk tenangkn minda aku each time aku masuk dewan exam. Tp, berbekalkan selawat, baca doa, insyaAllah ketenangan tu ada.


Taik..Semalam mimpi hantu..=_='


Mcm aku ckp kt post sebelum nih (klik sini), berbekalkan carrymark cikai2, aku mmpu jawab paper final dgn tenang.
Bagi aku, final paper yg paling senang, was Anatomy. Soalan dia direct gila, dan soalan berulang dari past year. Xsia2 pagi tu aku revise past year question. ;)

Then diikuti Physiology. Aku syukur gila, soalan2 dia xbelit2 mcm quiz2 dia. Aku jawab pnuh absolute certainty. So as u know, carrymark Physio aku cuma 23/40. So...yah. Heh

Lepas jawab paper Anatomy..with Dr.AbuBakar

Islamic Input, boleyh lar. Boleh jawab smua, cumanya, masa xcukup sgt kot.
Tulisan aku, sehina2 cakaran ayam serama. Kesian Dr.Mokhleseur pening baca. 

Pharmacy Practice, sabjek yg pling aku takut. Jangaaaaaanlah repeat sabjek nih, chaebal~
Carrymark aku xsmpai separuh kot. Teruk gilak. Tp, luckily, soalan final dapat jawab jgk. Terutama soalan 10 markah yg dia tanya pasal ubat2 utk Sembelit. Kaa cirit birit..Ntah... Yaayy..! Haha

"Baru hafal topic ni tadi!! Yaaaaaaaagghhhh!!"

Paper UNGS..Satu2nya paper yg aku target A. The one and only, betapa berharapnya aku dgn paper nih. Tapi...malangnya.,,soalan final dia...sob sob.
Soalan x susah, tp, masa xcukup. Aku amek masa banyak sangat jawab soalan awal2.
Aku punya cuak, tulisan aku lg hina dri tulisan masa jwb Islamic Input. Hohoho.

RIP my handwriting. Harap2 lecturer faham..

Soalan paling mengada-ngada susah, adalah paper Physical Pharmacy
Bapak aaaaarrhhhhh...aku punya yakin sebelum masuk exam hall, tetiba masa jawab paper, smua aku blank. Soalan dia, mcm diterbangkan khas dri India. Ntah benda hapa dia merapu2. Aku ndak tau apa dia mintak, so, aku ndak tau la mau tulis apa.
Soalan 4 markah, tp cara aku jwb... macam dia bagi markah bonus. -.-

Poyo2 jap sebelum jwb paper PhyPharm. Ini sbb xtahu lg soalan dia susah. lulz

Soo, mcm tulah crita aku jawab paper final. Apa2pon, xsia2 pengorbanan aku. Gittew..
Pointer, naaaanti lama sket aku bagitau. Skarang ni, risau2 kalau bdak batch aku baca.
Terdedah segala aib. Haha..nanti2 lah. Yg mengejutkan, aku xdak C or C+. Nampak mustahil kan!! Tp kita amalkan konsep kun fayakun. ^__^

P/s : nothing is impossible with Allah's Mercy..

Pharmacy UIA : 1st Year 1st Sem

Tahun pertama sebagai pelajar degree. Smua seems new to me.

Muka bangga..

Masa awal2 Taaruf Week lg senior kami cakap, 
"Jadi student degree ni, aktifkan diri, jangan studyyyyy manjang. Do something, so that u won't regret later".
These very words adalah nasihat yg selalu sangat senior2 ulang.



Dan aku sangat motivated oleh nasiht tu. 
Alhamdulillah, aku berjaya harungi jgak my very first semester, dgn melibatkn diri dlm beberapa aktiviti.
Xpenah terlintas pon dalam diri aku, yg aku akan jadi aktif masa kt degree ni.
Sebab dulu, masa CFS, kerja aku menghadap buku jak 24 jam.
Mana penah keluar bilik sngt. Keluar hnya utk g kelas, g makan, g Mid. Hehe.


This is my kuliyyah..Kuliyyah of Pharmacy..lawa kan~

Memandangkan aku asrama luar campus, so gi kelas acano?
Awal2 sem tu naik bas sekolah. Best naik ramai2. Lawak pulak bila ingat2 balik.
Dengan bas yg xpunctual, lambat, sesak dgn budak2 course lain, panas plak tuh.



Geng Bas Skolah

Tapi lama2 bilangan pengguna bas makin bekurang. Tinggallah aku dgn beberapa lagi pengguna bas tegar.
Budak2 lain naik transport sendiri, motor, kereta. Akibat bosan naik sensorang, last2 aku pon tompang diorang. Tp aku prefer naik motor, sbb not affected by traffic jam.

Merumpit ala Naruto~


MY CLASS

Inilah kelasmet aku..Ini pun xsmua ada nih..'sikit' kan~


Kelas aku ada 118 org, dan yes, kami study dalam lecture hall beramai2.

Lelaki 30 orang, pompuan..berapa ntah..sejuta kot. Yg penting ramai la..Smpai sekarang ada yg aku xcam muka. Haha.Awal2 tu aku suka duduk depan. Tapi lama2, bila aku dapat tau duduk belakang lg best, mmg belakanglah port tetap aku. Situ aku boleh mengelamun jauh sampai ke Planet Nameck. 



"Sampai sini kau menghayal dek..."

Pastu duduk belakang nih kau boleh tengok org depan buat apa tym lekcere mengajar.
Ada yg fokus, ada yg main ipad, ada yg study sendiri..paling best tengok org tidur. hehe
Aku memang aim sudah sapa2 yg kuat tdur tu.


Fathi, kalau dia bukan main iPad, dia tidur.

















Dr,Ramadhan. Pharmaco apa ntah topic dia ajar. xfaham. Tp dia best~

Ni no komen. haha


Jadual? Pack yg amat!! Mula2 tu seyes culture shock. Bayangkanlah, dulu masa CFS kelas sehari kadang 2 jam jak, pastu balik bilik cover balik lecture kt kelas.
Tapi skrg, kelas dri pukul 9am-5pm mostly. Balik asrama penat. Malam plak study utk kuiz esoknya. Paling xpon, ready2 kut ada PopQuiz esok..penat weeyy..
Dan jadual x fix, tiap2 minggu tukar.

Rehat, pukul 10am-10.30am dan 12.35pm-2.00pm.

Tiap kali waktu rehat..Indahnya perasaan masa tu~
Quiz tiap minggu ada. Tp pernah jgk seminggu tu xda kuiz, sbb tangguh2. 
Tangguh pnya tangguh, smua quiz carry sekali, kadang seminggu sampai 3 kuiz. Ayoo..



MY STUDY


Sem ni, aku ambil 7 subjects.


1. Physiology
2. Anatomy
3. Islamic Input
4. Physical Pharmacy
5. Pharmacy Practice
6. UNGS
7. Study Circle 2.


Lepas2ni, mesti ada yg tanya aku, 

"Susah x degree Pharmacy?"



Hmmmm..benci mau jawab..mcm sia2 jawab soalan tu...
Hahahaha...SUSSSAAAAHHHH !!!
Bayangkanlah, I was a person yg sangat sangat enthusiastic when talking about Pharmacy.
But during my study period, there are times that I felt, "JOM TUKAR COURSE SEKARANG."
No kidding. Sometimes I did, felt demotivated, due to the hardness and my bad quiz results.
Aku punya stress, sampai aku pernah rasa menyesal amek Pharmacy. Seriously!


"Stress? Apa tu? Sedap kaa?















Haaa.bayangkan betapa peritnya dugaan yg aku alami.
Ini baru FIRST SEMESTER in MY FIRST YEAR. 
Not less important fact, sem makin mendatang akan lebih susah.
Ok, thats enough..hahaha

Misti cuak kan kalian, budak2 baru mau masuk degree Pharmacy..heh

Tapi jgn risau, smua prasan tu normal. Dan x smua org alami.
Aku alami sebab aku frust dengan result2 aku sebenarnya.
Markah aku smua rendah2. Mula2 tu, aku rasa, "oh, nvm, mula2 ja kot."
Tapi lama kelamaan, rsult aku tetap maintain rendah.
Org lain happy2 dpt fullmark quiz 3 PharmPrac, aku SEPARUH PON XSAMPAI!
Gila kau ndak frust..hahaha..


"Result rendah lgi lettew en"

Aku paling sentap, bila ada org ckp kt aku, lebih kurang berbunyik,

"Aku tengok kau ni rajin ja study. Tapi apsal result kau rendah eh?"

I was like O_O !! Ok, thanks for the not-so-motivating words. 


Budak batch aku plak smua pandai2! Tension aku. Haha

Study rilek, siap tidur awal, tengok movie, borak2, tp kuiz score.

Apa yg lecturer ajar kt kelas, smua faham. Semua hafal.
Aku? Kat kelas, aku mmg x boleh lar. Susah mau fokus. Mmg konpom menghayal.
Fokus aku datang balik, hanya bila ada something happen.
Mic rosak ka, Dr.Amira melukis ka, Prof Noriah tanya2 soalan ka, Dr.Norni suroh jwb soalan kt depan ka...Daaan, bila ada PopQuiz Mdm Halimah..T.T



Pop quiz!!

Tapi lama2, aku slowly dapat hadam takdir yg Allah bagi aku.
Tiap kali quiz, aku study gila2, result keluar = markah rendah.
Tapi lama kelamaan, aku terima result dengan hati terbuka, tanpa ada apa2 pengharapan tinggi.
Dapat markah rendah, aku hanya mampu tersenyum..*sila tunjuk gigi*





Ops, markah rendah lagi..hihiiiiiiii~~

Maha Suci Allah, semua ni, merupakan pengajaran yg amat amat besar buat aku.
Dulu masa CFS, Allah uji aku dgn markah bagus, tapi yg sebaliknya berlaku masa degree.
Tipu kalau aku ckp mula2 tu xsedih. Tapi lama2, aku faham hikmah beyond all these tests.
Pengajaran utama, redha. Pengajaran kedua, ingat, no matter how hard we try, but in the end, Allah jgk yg decide. Pengajaran ketiga, Allah xtengok result kita, tp Allah tengok usaha kita. Pengajaran keempat, rezeki masing2.
These are among the reasons yg memberikan aku semangat utk trus study. :)


First week tu terkapai2 jgk la, mencari cara study baru, dengan suasana baru, kekurangan baru. Tapi lama2 aku dpt figure out slowly. Ujung2 sem, alhamdulillah, quiz makin ada improvement.

Yaaaaaaaaaaaaaayyy!!

And Alhamdulillah, masa final paper, biarpun berbekalkan carrymarks cikai2, aku dapat jawab soalan2 dgn tenang dan penuh kemudahan, thanks to Allah's help. ^_^

Mau tau result aku?? (Chey, perasan lak).. -klik sini-

Thursday 30 January 2014

UIA Kuantan : Mahallah IM2 a.k.a Talhah 8 & 9

Sebelum masuk UIA, aku buat bacaan sket kt blog2 senior pasal UIA Kuantan.
(Like of course, the one that u r doing rite now)..
Cuak kot, new campus, new life, new environment, new friends, new lecturers, new handphone #eh
Aku ingat lagi, aku terkejut bila dpt tahu UIA Kuantan ada mahallah luar.
Dan aku terkejut bila dapat tahu ada certain mahallah mengamalkan 1 bilik 10 orang..O.O'
So as u know, aku dulu masa CFS, Mahallah UKC, mahallah manja, 1 bilik 4 orang. Ketenangan sangats..

Taraaaaa...mahallah kesyangan~

Untuk dipendekkan cerita, masa sesi Ta'aruf, awal2 lagi kami dapat tau Mahallah, number bilik, dan ROOMATES!! Bappak cuak masa tuh~~O_o..

Mahallah : Talhah 9
Num bilik : 1.7
Roomates : .....siapakah mereka ini?!?!

"Bappak ah..Sapa ni weyh."


Yg aku mmg kenal, cuma Budin, Fikree ngan Hafiz. Yg lain, errr..some I can recognize who, but some, err...
Aku punya cuak masatu, hadonno..I felt like crying..hahaha..
Honestly, less than 10 budak Pharmacy lelaki yg aku kenal..
Dan aku akan jumpa smua yg lain dalam masa terdekat...Aarrrhhhh~~
Aku bukannya anti-social, aku cuma ada prasaan inferiority yg sangat tinggi. 
Mainly due to because I am not a Peninsularian, and I CAN'T SPEAK KL ACCENT WELL !!

"Taik.. Dia panggil aku org Indon"

"Hmmm..the moment I speak, msti diorang tengok aku lain2 lepas nih.."
"Alamak, diorang paham x aku cakap nih?"
"Shud I use KL accent aku yg tunggang tebalik tuh?"
"Will they think I live in gua, eating the infamous ulat sagu, hidup memburu & bercucuk tanam?" Paleolitotitik sangat en..

Those are among the questions yg bermain2 kt minda aku sepanjang Taaruf Week dan hari2 awal aku d UIA Kuantan & asrama.
So, how did I solved all those inferiority and self-insecure? Post2 yg mendatang, sila baca..hehe


MAHALLAH INDERA MAHKOTA 2

Kenapa dipanggil Indera Mahkota 2 (IM2) ?
Sebab, according to the map, itu adalah lokasi asrama ni.
Keliling dia adalah kawasan perumahan IM2.
So basically, kami tinggal kt kawasan perumahan, yg mana ditengahnya, ada asrama terdampar.
Perumahan ni tenang sangat, anjing xbanyak. Bebas berjoging (walaupun aku xpenah berjoging).
Banyak kedai2 makan. Ada masjid berdekatan, boleh sembahyang Jumaat kt situ. Imam dia tua sudah. Itu penting. lulz.
Dekat dengan Tunas Manja (bikin beli stok Mi Sedap), 7Eleven (bikin topup).

Honestly masa mula2 dapat tau aku kena stay asrama luar, aku punya sedih~~
How am I gonna go to class like this..T.T..(Mula2 tu kena naik bas sekolah..ini seriusndaktipu)
Tapi lama2, aku bersyukuuur sngat dapat asrama luar.
Sebabnya, asrama luar ni, kawalan dia xketat sgt. Tengah2 malam boleh ja masuk asrama lagi.
Tengok late night movie kt East Coast Mall pun voleeyyhh~~
Walaupun kol 12 tgh malam gate tutup, itu sekadar virtually closed, boleh ja bukak jap. hehe..
Baik kan pakgad situ..Sayang pakgad ketat2..>.< 

"Amacam, best tak movie tadi?"


Bilik aku ada 11 orang. Ada yg 1 compartment sorang, ada yg berdua.
Aku berdua ngan Hafiz, tempat aku selalu mintak makanan, bila lapar..hehe..Makanan dia belambak kot. xp
Tapi aku jarang ada kt bilik. Compartment aku panas mcm oven~!
Sedeyh aku. Awal2 tu sanggup lagi belajar berpeluh2..Lama2 aku jumpak port baru aku..
Bilik Ruzaini! hahaha..Sejuk, tenang plus ada Ruzaini, tmpt aku share hanjengan aku..lulz~
Pastuh, tandas ada 3. Xla berebut sangat pon bilik aku. Cuma kan aku mandi lama, so aku kena mandi awal sket. Tandas adalah aku pnya pentas konsert Mega. So jangan ganggu performance aku. hahaha!

"And Aaaaaaaaayiaaaaaaai Will Always Love Youuuuuu"

Mahallah ni ada 2 tingkat. Tingkat atas senior yg duduk. The best part is, masa jemur kain.
Akan ada suara2 'langsuir siang' gelak berjemaah..OK, sangat lawak!
Kelemahan major asrama ni, mesin basuh yg kau rasa kau mau bawak buldozer, kasik buldoze tu semua mesin. Mesin dia jahaaat! Telan duit, pastu, air dlm mesin bertakung. Geli shiyak!
Next, mahallah ofis yg selalu sangat tutup. Pegi meeting la, pegi apa la..haish~
Post barang pon susah..=_='

"Aaa..Tutup lagi..Tak lawak ok"

Tp yg lain smua kite chuker~Thatsoll..

p/s : Budak2 intake baru nnt xmerasalah mahallah luar, sbb start bulan 9, dengar2 smua budak masuk dalam campus. Rugi kalian, rugi~~~hehehe

Tuesday 28 January 2014

UIA Kuantan : Jom Berkenalan

Eerrrr...Assalamualaikum...Hi...
.... mmm...... Sgt awkward sebenarnya, sebab berkurun lama x menulis..What, 5, 6 months??

Okay, actually sekarang ni tengah cuti semester..Yes, aku baru jak habis my first semester ever in my Degree life~~peacee..^^ 
Cumanya, cuti utk 1st sem ni sangat2 pendek, cuma 3minggu jak..Nnt lepas 2nd sem barulah cuti 3bulan..(heaven)



Back to the topic..UIA Kuantan
UIA Kuantan ni sangat besar sebenarnya. Kawasan dia lapang, berhangen (itu saya sukaaaaa), tenang, jauh dari kebingitan (contra gila dgn UIA PJ dulu)..haaaaaahhh~~*buat2 nyaman*
Cuma kelemahan dia, adalah dari segi susun atur between the buildings..
I mean, jarak dia sangat jauh between each building. Penat gilak kalau jalan kaki..
Kalau kat Gombak kan smua dekat2..senang. Lagipun Masjid UIA Gombak is the centre. Masjid UIA Kuantan pulak nuuuuuun jauh disana. Sangat susah untuk kesittew..Banyak lagi lah benda lain yg kurang.
Tapi, biasa kot, kan U ni boleh consider baru lg..Slowly adalah penambahbaikan in the future~harap2x.

Kulliyyah of Medicine. Satu2nya atm Muamallat ada kt UIA Kuantan.

Kuliyyah of Dentistry. One of the most beautiful in asia katenyer..Besar,sejuk, membazir karan. haha

Lagi satu, RapidKuantan? Mmg sangat jarang kau akan naik. Xyah la feeling2 ke bandar naik bas, semudah mcm masa kat UIA PJ dulu..
Kalau dulu, lalu pakgad garang, buat2 senyum simpul, cover2 selipar jepun, lega bila pass pakgad, tunggu bas kat pintu pagar, gelak2 sket ngan kawan, tuptup bas U89 smpai..Tekedek2 sorang2 naik bas..simple mimple..

"Baaaiii..kitorang g MidValley dulu~~"

Kt UIA Kuantan? Jangan harap kau pernah naik bas tu utk ke bandar. Ada, tp rare case kut.
Lagipun, aku duduk mahallah luar, Mahallah IM2, lagilah xda bas. Mmg kena ada transport sendiri. Xpon jadik mcm aku, bonceng sesiapa sahaja yg sudi. lulz~

Ini chemwer poiyyoo..

But in the end, aku tetap happppppy di UIA Kuantan ni, thanks to its ketenangan dan kenyamanan. 
Kalau jalan kaki dari Kuliyyah Of Pharmacy (KOP) ke Kuliyyah Of Medicine (KOM) pakai kurta, terbang2 dik ekor kurta tu..lulz~ ala2 pil bi dil hey hindustani. epik sgt imaginasi aku..


LOKASI
When talking about location, kedudukan UIA Kuantan ni sendiri agak strategik. X jauh sgt dgn bandar. Pastu agak dekat dengan Terminal Sentral Kuantan (tempat dimana manusia2 yg pulang balik naik bas ekspress mcm aku berlabuh).

Tata korang.."Oooo balik kampoonng"


Each time masuk pintu gerbang, misti akan ada pakgad or makgad angkat tangan. Each time tu jugak kau kna buat2 senyum, supaya diorang xtahan kenderaan kau sebab takdak sticker rasmi. (Antara masalah major budak 1st year. Pray from not being sued. Bila kau masuk sini nnt, kau akan faham...hehehe *evil laugh*)

Apa lagi ey...hmmm...ohya! Masa mula2 masuk tu, kau akan terkesima terkeliru sket ngan kedudukan building2 kat sana. 
Cntoh, utk ke KOP, kau kena p jauuuh ke kanan. Utk ke KAHS (Allied Health), kau kena p jauuuuh ke kiri. Tp, bila kau masuk sikit kt dalam KAHS tu, secara terkejutnya, kau akan ternampak bangunan hebat KOP. 

"Hayyik?! Apennyyiiii??"..Haaaa, kau akan nampak magic, mcm mna bangunan kt situ boleh pindah2. ekeke~ Hebat x hebat UIA Kuantan, mcm Universiti Harry Potter.



CAFE.
Erm, setahu aku, each kuliyyah akan ada dia pnya cafe masing2. Yg murah dan sedap dan menjadik kegemaran serta kecemburuan course2 lain adalah Cafe KOP, kuliyyah aku lar. heh~
Dahlar akak 'facemask' kt situ cantik baik, cafe dia pon bersih gila. Kipas angin dia sgt kuat, sampai terbang2 rambut emo aku. Feeling2 mcm kt muvi..*kibas2 rambut*



We don't have that centred-mega-cafe mcm kat Gombak. Well, paling 'center' pon kt OCD (Campus Director), yg mana sangat jarang di'pergi'i oleh student2, unless ada urusan, mcm bayar yuran, urus JPA, etc..

Inilahnyer OCD nyerr..


LIBRARY
Libery UIA Kuantan, aku bagi 4.3 out of 5..Tinggi kan! Yes somehow aku suka perpustakaan dia.
Sangaaaat sejuuuukk! Menggigil2 aku, walaupun pakai sweater. Ada refrigerator elevator buat si pemalas naik tangga macam aku. Staf dia pun ramai yg nice..^_^
Tandas dia so far yg aku msok tiptop. Surau dia clean n clear. WiFi laju gila, slow sikit ja dri kelajuan cahaya (ok, over plak tipu aku).

Chanteekk...(Gmbr pinjam, credit to freshie-nuha@blogspot)

Dilengkapi kelas, coral room, discussion room. Yg nih mass lecture Study Circle 2.

MAHALLAH.
When talking about mahallah, perlu extra explaination. Sbb sistem mahallah sini agak complicated. Kadang aku sendiri xtahu which n what. Yang penting, kita ada mahallah dalam dan mahallah luar.
Mahallah dalam : Mahallah Maimunnah & Mahallah _____ apa ntah. xingat. Mahallah Talhah kot.
Mahallah luar : Mahallah Tabari & Mahallah IM2 (aka Talhah 8 & 9)..beserabut kan!
Dua mahallah luar ni pulak located far from each other. Kalau budak2 Tabari boleh lgi jalan kaki g campus. Tp kalau IM2 cam aku mmg ndak la mau jalan kaki. 45 minit perjalanan kata Shatibi yg pernah test.

Mahallah IM2, dikelilingi perumahan Indera Mahkota 2 aka Rumah Hasib. Bro only.
Mahallah Tabari, bro n sis. Jarang pegi. xtahu sgt. Bdak pompuan kelas aku yg berjuta tu, kt sini lah.

Mahallah Mainumah aku xpasti, tp Mahallah yg satu lagi, 'Talhah' kononnya tu, haaa..cafe dia siryus murah!
Murah gilllaaakkk! Sgt best makan ctue..
Kalau Mahallah Tabari pon ada cafe. Lgpun dekat dgn Restoran Nasi Kukus Mama..fulawehh, sodap!

Kalau Mahallah aku, IM2, bendeeeee?!?! Cafe xda, tp depan tu ada gerai makan. Punya mahal!
Sudahlar mahal, lambat gilak siap. Mula2 makan situ, tapi lama2 fedap. Kami prefer makan di sebelah Darwish, lagi bebaloi, harga ok, pastu sangat cepat dia serve makanan. Aku xtahu plak dia upah The Flash jadik tukang masak..



Aaaammm nyam nyam nyam..

Okay lah. Cukup sudah aku explain..So, pada junior2 yg bakal masuk bulan 9 ni, highly welcome~~
One thing that I like as a UIA Kuantan student is, senior2nya baik2 belaka..
Honestly, masa mula2 datang tu, aku agak kagum jgk ngan abang kakak kt cnie.
So, jangan hairan penjahat mcm aku pon tetiba jadi abang yg baik bila kt sana..lulz sangat.. >.<


p/s : bebudak ni tgh check rsult, trending kt TL aku..Aku? Xcheck..takut. haha..


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...