Label2 yg best..!

Tuesday, 28 January 2014

UIA Kuantan : Jom Berkenalan

Eerrrr...Assalamualaikum...Hi...
.... mmm...... Sgt awkward sebenarnya, sebab berkurun lama x menulis..What, 5, 6 months??

Okay, actually sekarang ni tengah cuti semester..Yes, aku baru jak habis my first semester ever in my Degree life~~peacee..^^ 
Cumanya, cuti utk 1st sem ni sangat2 pendek, cuma 3minggu jak..Nnt lepas 2nd sem barulah cuti 3bulan..(heaven)



Back to the topic..UIA Kuantan
UIA Kuantan ni sangat besar sebenarnya. Kawasan dia lapang, berhangen (itu saya sukaaaaa), tenang, jauh dari kebingitan (contra gila dgn UIA PJ dulu)..haaaaaahhh~~*buat2 nyaman*
Cuma kelemahan dia, adalah dari segi susun atur between the buildings..
I mean, jarak dia sangat jauh between each building. Penat gilak kalau jalan kaki..
Kalau kat Gombak kan smua dekat2..senang. Lagipun Masjid UIA Gombak is the centre. Masjid UIA Kuantan pulak nuuuuuun jauh disana. Sangat susah untuk kesittew..Banyak lagi lah benda lain yg kurang.
Tapi, biasa kot, kan U ni boleh consider baru lg..Slowly adalah penambahbaikan in the future~harap2x.

Kulliyyah of Medicine. Satu2nya atm Muamallat ada kt UIA Kuantan.

Kuliyyah of Dentistry. One of the most beautiful in asia katenyer..Besar,sejuk, membazir karan. haha

Lagi satu, RapidKuantan? Mmg sangat jarang kau akan naik. Xyah la feeling2 ke bandar naik bas, semudah mcm masa kat UIA PJ dulu..
Kalau dulu, lalu pakgad garang, buat2 senyum simpul, cover2 selipar jepun, lega bila pass pakgad, tunggu bas kat pintu pagar, gelak2 sket ngan kawan, tuptup bas U89 smpai..Tekedek2 sorang2 naik bas..simple mimple..

"Baaaiii..kitorang g MidValley dulu~~"

Kt UIA Kuantan? Jangan harap kau pernah naik bas tu utk ke bandar. Ada, tp rare case kut.
Lagipun, aku duduk mahallah luar, Mahallah IM2, lagilah xda bas. Mmg kena ada transport sendiri. Xpon jadik mcm aku, bonceng sesiapa sahaja yg sudi. lulz~

Ini chemwer poiyyoo..

But in the end, aku tetap happppppy di UIA Kuantan ni, thanks to its ketenangan dan kenyamanan. 
Kalau jalan kaki dari Kuliyyah Of Pharmacy (KOP) ke Kuliyyah Of Medicine (KOM) pakai kurta, terbang2 dik ekor kurta tu..lulz~ ala2 pil bi dil hey hindustani. epik sgt imaginasi aku..


LOKASI
When talking about location, kedudukan UIA Kuantan ni sendiri agak strategik. X jauh sgt dgn bandar. Pastu agak dekat dengan Terminal Sentral Kuantan (tempat dimana manusia2 yg pulang balik naik bas ekspress mcm aku berlabuh).

Tata korang.."Oooo balik kampoonng"


Each time masuk pintu gerbang, misti akan ada pakgad or makgad angkat tangan. Each time tu jugak kau kna buat2 senyum, supaya diorang xtahan kenderaan kau sebab takdak sticker rasmi. (Antara masalah major budak 1st year. Pray from not being sued. Bila kau masuk sini nnt, kau akan faham...hehehe *evil laugh*)

Apa lagi ey...hmmm...ohya! Masa mula2 masuk tu, kau akan terkesima terkeliru sket ngan kedudukan building2 kat sana. 
Cntoh, utk ke KOP, kau kena p jauuuh ke kanan. Utk ke KAHS (Allied Health), kau kena p jauuuuh ke kiri. Tp, bila kau masuk sikit kt dalam KAHS tu, secara terkejutnya, kau akan ternampak bangunan hebat KOP. 

"Hayyik?! Apennyyiiii??"..Haaaa, kau akan nampak magic, mcm mna bangunan kt situ boleh pindah2. ekeke~ Hebat x hebat UIA Kuantan, mcm Universiti Harry Potter.



CAFE.
Erm, setahu aku, each kuliyyah akan ada dia pnya cafe masing2. Yg murah dan sedap dan menjadik kegemaran serta kecemburuan course2 lain adalah Cafe KOP, kuliyyah aku lar. heh~
Dahlar akak 'facemask' kt situ cantik baik, cafe dia pon bersih gila. Kipas angin dia sgt kuat, sampai terbang2 rambut emo aku. Feeling2 mcm kt muvi..*kibas2 rambut*



We don't have that centred-mega-cafe mcm kat Gombak. Well, paling 'center' pon kt OCD (Campus Director), yg mana sangat jarang di'pergi'i oleh student2, unless ada urusan, mcm bayar yuran, urus JPA, etc..

Inilahnyer OCD nyerr..


LIBRARY
Libery UIA Kuantan, aku bagi 4.3 out of 5..Tinggi kan! Yes somehow aku suka perpustakaan dia.
Sangaaaat sejuuuukk! Menggigil2 aku, walaupun pakai sweater. Ada refrigerator elevator buat si pemalas naik tangga macam aku. Staf dia pun ramai yg nice..^_^
Tandas dia so far yg aku msok tiptop. Surau dia clean n clear. WiFi laju gila, slow sikit ja dri kelajuan cahaya (ok, over plak tipu aku).

Chanteekk...(Gmbr pinjam, credit to freshie-nuha@blogspot)

Dilengkapi kelas, coral room, discussion room. Yg nih mass lecture Study Circle 2.

MAHALLAH.
When talking about mahallah, perlu extra explaination. Sbb sistem mahallah sini agak complicated. Kadang aku sendiri xtahu which n what. Yang penting, kita ada mahallah dalam dan mahallah luar.
Mahallah dalam : Mahallah Maimunnah & Mahallah _____ apa ntah. xingat. Mahallah Talhah kot.
Mahallah luar : Mahallah Tabari & Mahallah IM2 (aka Talhah 8 & 9)..beserabut kan!
Dua mahallah luar ni pulak located far from each other. Kalau budak2 Tabari boleh lgi jalan kaki g campus. Tp kalau IM2 cam aku mmg ndak la mau jalan kaki. 45 minit perjalanan kata Shatibi yg pernah test.

Mahallah IM2, dikelilingi perumahan Indera Mahkota 2 aka Rumah Hasib. Bro only.
Mahallah Tabari, bro n sis. Jarang pegi. xtahu sgt. Bdak pompuan kelas aku yg berjuta tu, kt sini lah.

Mahallah Mainumah aku xpasti, tp Mahallah yg satu lagi, 'Talhah' kononnya tu, haaa..cafe dia siryus murah!
Murah gilllaaakkk! Sgt best makan ctue..
Kalau Mahallah Tabari pon ada cafe. Lgpun dekat dgn Restoran Nasi Kukus Mama..fulawehh, sodap!

Kalau Mahallah aku, IM2, bendeeeee?!?! Cafe xda, tp depan tu ada gerai makan. Punya mahal!
Sudahlar mahal, lambat gilak siap. Mula2 makan situ, tapi lama2 fedap. Kami prefer makan di sebelah Darwish, lagi bebaloi, harga ok, pastu sangat cepat dia serve makanan. Aku xtahu plak dia upah The Flash jadik tukang masak..



Aaaammm nyam nyam nyam..

Okay lah. Cukup sudah aku explain..So, pada junior2 yg bakal masuk bulan 9 ni, highly welcome~~
One thing that I like as a UIA Kuantan student is, senior2nya baik2 belaka..
Honestly, masa mula2 datang tu, aku agak kagum jgk ngan abang kakak kt cnie.
So, jangan hairan penjahat mcm aku pon tetiba jadi abang yg baik bila kt sana..lulz sangat.. >.<


p/s : bebudak ni tgh check rsult, trending kt TL aku..Aku? Xcheck..takut. haha..


1 comment:

  1. Nk tye, first year dekat kuantan bleh bwk kereta x?

    ReplyDelete

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...