Label2 yg best..!

Thursday 6 December 2012

"Psstt..Jom Buruk Sangka"

Haaaa...I see it! I see it!

" Eh, orang lain baca Quran, dia sebok belek2 iPad  "
Actually dia pun sedang baca guna Quran apps..

" Huh, mesti dia ni jenis ndak sembahyang kan..Tengok tu, maghrib dia biarkan berlalu "
Actually dia sudah jamak solat, musafir..

" Kenapa dia ni bajet bagus btol hah? Macam menunjuk2 jak aku rasa "
Actually org tu memang ikhlas buat baik..Tdk terlintas pn untuk riak dsbgnya..

"Kedekutnya cik abang tu, tabung jumaat tu dia lalu jak, bkannya mau derma "
Actually cik abang tu awal-awaaaaal lagi sudah derma..

" Eleh Sabbe tu, nasihat orang konon~ Padahal dia sendiri yang buat..Cakap xserupa bikin..Ouh duuhh~~ "
WELL, SEBAB AKU JAHAT LA AKU CUBA NASIHAT ORANG, SUPAYA AKU LAGI RASA TERKESAN KALAU AKU BUAT JAHAT !!

* emosi tiba2 *
Jawdrop..O.O"


EPIK !!

======================================================================

BURUK SANGKA

OK, back to the topic ; Berburuk sangka..
Atau dalam bahasa Arab, Suudzon.. 
Apakah itu berburuk sangka? - Huh, itupun ndak tau ka? hehe..XP

Situasi dimana, anda rasa anda sudah cukup bagus, dan orang yang anda buruk-sangkakan itu, sedang melakukan dosa yang anda tidak akan pernah lakukan
Ataupon, anda simply menuduh seseorang itu secara memkhinzir buta, tnpa bukti..
(Err..pretty much like that la kot~)

" Huh..ini misti si Cemong yg kebas whiskers faveret aku nih..

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” 

(Surah al-Hujurat, ayat 12)


Buruk sangka adalah penyakit hati yang akan menyerang SESIAPA saja..
Ulama, Tok Imam, Tok Bilal, Murabbi, Ustaz, hatta Cik Timah, Kak Esah. Cik Maimun pn boleh..
(Terutama aku sendiri yang sangat suka mengkritik..My bad...T.T)

Sabda Rasulullah ; 

"Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" 
(Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)




"Dah kau dengar ckap aku buat
apa...hikhik"
KENAPA KITA BERBURUK SANGKA?

Salah satu faktor utama?  yaaa..sebab bisikan sang Syaitonirojim..
Kadang, kita tiada niat pun, cuma memang sudah kerja si syaitan ni bisik kita supaya buat dosa kan...jahat btei!!
Next, disebabkan hati kita sendiri yang memang kotor, mudah cemburu, penuh riak, perasan bagus dsbgnya~







KENAPA KITA DICEGAH DARI BERBURUK SANGKA??

Manusia boleh berubah..mungkin saja si pendosa yang kita pandang rendah itu boleh jadi jauuuh lagi beriman dari kita pda masa akan datang..?
Mungkin saja diri kita yang rasa cukup 'alim' ini, boleh terjebak dengan kancah dosa maksiat..
Ingatlah bahawa Allah SWT itu berkuasa membolak balik hati manusia..

Aku tertarik dengan satu post aku terbaca di FB few months ago ;

Jangan buruk sangka pada kanak-kanak, kerana mereka suci dari dosa

Jangan buruk sangka pada orang tua, kerana mungkin hidup mereka dipenuhi dengan amal salih

Jangan buruk sangka pada pelacur, kerana mungkin mereka bertaubat, dan bakal menjadi srikandi syurga


=======================================================================
KESIMPULAN

Islam mendidik umatnya supaya mendahulukan bersangka baik berbanding cepat bersangka buruk. 
Hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.
Sebaiknya kita bersihkan hati terlebih dahulu..

Baca novel2 Islami yg menerapkan sikap Husnuzon (berbaik sangka) dalam diri..
Contohnya, Sebarkan Cintamu by Ustazah Fatimah Syarha..#SeriesBest
Novel ni banyak mengajar kita untuk mengamalkan peribadi seorang Muslim dalam kehidupan seharian..


Dan yang paling penting, bila berlaku pintasan hati berburuk sangka, 
IMMEDIETLY ISTIGHFAR..
(Bukannya immedietly Tweet..)
*Big reminder for me myself!*





No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...