Label2 yg best..!

Thursday 27 December 2012

Wajib, Haram, Harus ?





Menurut mazhab Imam Syafi'e,

Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah mubah, kecuali ada dalil yang mengharamkannya.

Mubah = Harus; boleh dilakukan, boleh juga ditinggalkan.




Dari Salman Al-Farisi :

Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai minyak, keju dan keldai hutan, lalu baginda s.a.w. bersabda:
“Halal ialah apa yang telah dihalalkan oleh Allah, dan haram ialah apa yang telah 
diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya, Dan apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dariapa perkara yang dimaafkan untuk kamu.”



Ringkasnya, semua perkara didunia ni asal hukum harus..
Contohnya, kahwin..Kahwin harus, tapi boleh jatuh wajib, sunat, or even haram..How?

Wajib : Mengelak dari berlaku zina
Sunat : Niat untuk meneruskan zuriat dan berkemampuan untuk berkahwin
Makruh : Ragu-ragu dan belum bersedia untuk menafkahi isteri
Haram : Jika berlakunya kezaliman kepada isteri, zahir atau batin


Banyak lagi contoh lain yang boleh kita ambil..
Macam berhias, potong rambut, memakai baju.
So, boleh dan tidak bolehnya sesuatu perkara dilakukan dalam Islam, adalah bersebab.


" Ketahuilah bahawa Islam adalah agama MENDIDIK bukan agama menghukum "

~wallahualam~

1 comment:

  1. " Ketahuilah bahawa Islam adalah agama MENDIDIK bukan agama menghukum "

    Betul.. Betul.. betul (versi upin ipin) :)

    ReplyDelete

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...