Label2 yg best..!

Thursday 27 December 2012

Biar Tak Bertudung, Yang Penting Hati Baik (?)

Semalam aku tengok la Astro Prima, melayan bosan..
Crita dia pasal 'janda begetah lah sangat', yg jual2 produk2 kechantekan..
Then, I came across this very dialogue :

" Kau ni Kiah, bila lah nak bertudung? Kau tu dah tua.. "

" Eh, takpa la aku tak bertudung..Yang penting hati aku baik..Tak semestinya bertudung tu baik kan. Yang bertudung2 tu HIPOKRIT belambak "




Uishh! Telinga aku sedikit berdesing panas dgn kata-kata tuh..
Dengan serta merta aku jawab sendiri2 ;

" Well, yes, maybe ada dalam kalangan yang bertudung diluar tu hipokrit + hati busuk..
Tapi sekurang-kurangnya, mereka bebas dari dosa menutup rambut daripada dilihat ajnabi.. 
Kalaw takmau pakai, jangan pandai2 buat sterotaip sebegitu "




Menurut pendapat aku yg lemah lagi dhaif ni, masyarakat kita patut diberi kefahaman bahawa bertudung / menutup aurat itu bukanlah lambang seseorang itu BAIK atau 'maksum'.

Ianya adalah sebuah kewajipan kepada semua 'orang jahat' dan 'orang baik'..

Kalau kita berterusan anggap hanya orang baik sahaja yg sepatutnya bertudung, kita-kita yg 'jahat' ni automatically malas lah untuk bertudung / menutup aurat..kan??

" Jangan disangka labuhnya tudungku, bermakna tebalnya imanku
Aku juga sepertimu yg sedang mencari-cari sinar cahaya
"


KONKLUSI

Memang betul, diluar sana wujud golongan tidak bertudung yg baik hati, sopan-santun, lemah-lembut..
Malah, jauh lebih baik akhlaknya berbanding akak-akak tudung nih..
So, dia (gadis ayu kehilangan tudung) dapatlah ganjaran pahala berakhlak baik.
But like I mentioned earlier, she (the girl with tudung) is free from the sin of revealing her aurah..



Aku lelaki,,, cakap senanglah.
Aku pun xtau mcm mana rasa pakai tudung.
(setakat main2 tudung ngan kwn2 sbilik tu....pernahlah..hekhek)

Tapi ingat, pahala menutup 'aurat yg banyak' tu lah sebenarnya kelebihan pahala yg Allah bagi special utk kaum hawa...^_^




p/s : Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba2-Nya..^_^




1 comment:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...