Label2 yg best..!

Sunday 6 January 2013

Tidak Mahu berSedekah


Sedekah merupakan antara amalan yang dituntut sebagai seorang Muslim.
Melalui sedekah kita dapat 'memebersihkan' harta yg kita peroleh.
Pahala dia jangan cakaplah..Amat besar~~
Lagipun semua harta yg ada ni semua copyrighted by Allah..Bukan hak-milik kita.
Kalau Allah tidak izinkan, satu sen pon kita xlayak pegang..


" Tapi kenapa orang yg kafirun-fasikun pun boleh jadi kaya-raya? "
-itu namanya ISTIDRAJ- (klik sini)

So, berbalik kepada sedekah, mesti kita selalu nampak peminta sedekah kan..
Especially kalau kt KL..Sangat ramai..
Kalau tengok peminta sedekah kat tepi2 jalan tu,
Mesti timbul rasa kesian kan..Terutama makcik-pakcik yg tua, yg memang nmpk xberdaya..='(
So, dihulurlah duit..seringgit dua pun boleh laa..Kalau ada duit lebih, hulur la lebih..

Sepatutnya nenek ni duduk kat rumah, biar anak dia yg jaga.
Tapi soalnya, mana pergi anak2nya?
Paling sedih, kalau tengok ada makcik2 yang jual-jual kuih/keropok kt stesen2 LRT..
Boleh menangis kalau tengok..Demi sesuap nasi, mesti dia susah payah buat kuih..Nenek aku sendiri dulu jual kuih, so I know how big the effort they put..='(
Bangun awal pagi, buat sorang2..
Dengan daya seorang tua lagi, memang tersangat penat..
Pastu tengok pulak, habis terjual ka tidak..huhuhu


Sabda Rasulullah SAW : 

"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya"
(Hadis Riwayat Muslim)




Aku mengaku, diri sendiri yg hina-dina ni pon kdang2 terlalu bakhil.
Makan boleh plak pegi restoran mahal2..Tapi bila makcik jual Yaasin kecil dtg,
"Alah, mesti ada orang lain yg bagi..aku ni budak lagi, xmampu mau bagi"
Tapi bila tengok keliling, tiada sorang pun yg mau beli..

Macam mana kalau aku berada dalam situasi makcik tu td..
Mesti rasa diri terhina kan..Mesti maruah terguris kan..?!
Kalau yang meminta sedekah tapi badan sihat walafiat, mungkin kita boleh berfikir lagi mau bagi  ka tidak.
Tapi dia bukannya mintak sedekah, ada usaha dia dengan cuba menjual something.
Malu aku dengan diri sendiri



Sabda Rasulullah SAW,


"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


So, aku menyeru DIRI SENDIRI terutamanya, dan jgk pada anda2 yg membaca ni, jomlah ringan2kan tangan untuk bersedekah, biarlah sedikit, semampu yg kita boleh bagi..
Jangan sampai Allah tarik nikmat harta yg kita ada sekarang ni..


~And memang betul, setiap kali kita menghulurkan sedekah, mesti ada rasa kepuasan yg amat..~



p/s : Lagikan Allah Maha Pemurah...Xkan kita yang bertaraf HAMBA ni pulak yang bersifat bakhil..


Namun wujud faktor yang menyebabkan masyarakat kita malas untuk bersedekah.
"Pengemis Penipu"
cerita selanjutnya..(klik sini)


No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...